Isnin, 21 Februari 2011

.::SURAT KASIH::.

Assalamualaikum…,
Saya tengah kemaskan buku –buku  lama dekat dalam bilik saya..,masa menyusun buku buku…saya terjumpa satu naskah buku yang tertulis “SURAT KASIH”


Saya baca sekilas isi dalaman nya…oh!! Baru saya ingat buku ni saya ambil dari sek . saya dulu ..
, dan  saya ingin menceritakan apa isi coretan di dalamnya utk kita kongsi bersama  .:

MODUL TINGKATAN 3 ( TAMRIN LAUARAN)…,iaitu satu aktiviti aktiviti yang di jalankan di sekolah saya dahulu untuk suatu program yang memberikan “satu keinsafan”
Surat kasih ini ditulis oleh seorang ibu yang mengerjakan haji …,tetapi setelah selesai menunaikan haji ..,ibu ini masih tidak pulang ke tanah air lagi…ini yang menyebabkan seorang insan yang bergelar ibu telah menulis surat kepada anaknya yang berada di MALAYSIA..

Di antara isi surat tersebut …:

“anakanda yang dirindui..,anakanda tentu tertanya –tanya mengapa bonda masih di Tanah Suci lagi..,sebelum menjawab persoaln itu..,bonda benar – benar berharap agar anakanda dapat menerima apa yang hendak bonda sampaikan melalui surat ini dengan penuhketaqwaan dan rasa tawakkal kepada Allah s.w.t .Yakinlah wahai anakanda bahwa apa sahaja keputusan Allah,sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita, kerna Allah menciptakan kita lebih mengetahui apa yang baik bagi hamba yang diciptakan olehNYA..”

“….anakanda yang dikasihi…,sebenarya bonda tlh dimasukkan ke hospital sejak 2 minggu yg lalu..,kerana diserang sakit jantung.Alhamdulillah hari ini bonda terasa agak bertenaga untuk bonda menulis surat ini untuk anakada. Sebenarnya penyakit bonda kritikal. Doktor baru saja mengesahkan bahwa 3 saluran ke jantung bonda…tlh tersumbat..,bonda juga baru sahaja selesai menandatangani borang persetujuan untuk menjalani pembedahan yang akan dijalankan secepat mungkin. Doktor juga memaklumkan kepada bonda bahawa, kemungkinan untuk bonda selamat hanyalah 40 %.... “

“Walaubagaimanapon.., doctor hanya dapat meramalkan sahaja…Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik bagi hambanya. Tetapi bonda merasakan ada baiknya bonda menulis surat ini untuk anakanda ..,takut takut kita tidak mungkin dapat bertemu lagi di dunia ini..,Tambahan pula sejak dua tiga hari ini..,bonda asyik mimpikan arwah ayahanda kamu..”

“anakanda yang disayangi.., setiap ibu mukminah..,sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi anaknya..,supaya anaknya menjadi seorang anak yang soleh dan akan menjadi hujah untuk menyelamatkannya di Hari Kiamat kelak. Bonda berharap sangatagar dapat mendidik dan mengasah anakanda agar benar benar memahami dan merasai tuntutan iman. Tetapi apakan daya kesempatan untuk itu mungkin sudah tiada lagi. Namun , bonda benar – benar berharap apabila anakanda dewasa kelak, anakanda akan menjada Da’ei yang akan menyambung tugas para rasul dan nabi-nabi.Bonda yakin anakanda memahami apa yang bonda maksudkan. Dan bagi bonda hanya dengan menjadi da’ie dan murobbi sahajalah hidup kita benar-benar menepati kehendak Allah dan Rasulnya, tambahan pula, kita berada di zaman yang makin menyamai zaman Rasulullah s.a.w mula diutuskan iaitu zaman dimana kebenaran tidak lagi didengari ,kejahilan mula menguasai ummat, para pendakwah kepada kebenaran dipulau dan dibenci masyarakat manakala kemungkaran berleluasa..”

“anakanda yang dikasihi, bonda benar-benar berharap agar anakanda dapat membalas surat ini. Dan yang lebih bonda harapkan isi surat itu nanti akan menjadi penawar hati bonda untuk bonda bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan tenang.Bonda juga berharap agar anakanda dapat mengiringi pemergian bonda ini dengan kata-kata atau janji –janji yang akan menjadi penyejuk hati bonda …”

“sekian sahaja surat dari bonda yang sentiasa mengasihimu”

Yang Benar,
Bondamu…

Jadi selepas itu mereka diberikan masa untuk membalasnya dalam 30 minit….
Selepas selesai ..pengelola akan mengumpulkan setiap helaian catatan dari peserta dan membukukannya…dan buku itu secara tidak sedar telah saya temui dan membacanya…

Saya cukup bekenan dengan satu balasan surat tersebut…
Berbunyi begini:

“bismillahirohmanirrohim…
Assalamualaikum w.b.t ,dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang….
Segala pujian bagi Allah yang telah menginginkan anakanda ini hidup menjadi seorang mukmin yang sentiasa berada dalam dua nikmat iman dan islam dan sentiasa berada dalam lembahyung tarbiyah danyang masih membenarkan kalam ini tertulis untuk mengubat keperitanmu serba sedikit. Selawat dan salam kepada Rasulullah dan sahabatnya kerana dengan usaha dan kerja – kerja mereka masih lagi kita menerima islam ketika ini.”

Bonda yang dikasihi..,bagaimana bonda di sana?,Moga – moga sentiasa berada dalam keadaan dijaga Allah hatimu,jiwamu,akalmu dan jasadmu.Diharapkan juga apabila surat ini sampai kepadamu dapat mengubat segala kedukaan dan kesakitan kerna anakanda berjanji pada bonda bahwa Islam akan anakanda pegangi, warisi, dakapi,dalami ,imani dan sebari.”

“bonda yang disayangi, surat bonda yang sampai di tangan anakanda ini tiga hari lalu , amat mengejutkan anakanada. Hti ini seakan tersentuh dengan berita yang didengari.Begitu sedih anakanda bahwa kepulangan bonda ke tanah air adalah sesuatu yang mustahil.Namun, apabila anakandamemikrkannya,anakanda gembira kerana ,roh islam masih lagi menebal di hati bonda .Tkdir Allah s.w.t tidak bonda benci tapi mensyukuri kerana ketahuilah masa bertemu Allah semakin dekat. Moga dekatnya mati dengan bonda ,ia bakal menjadikan bonda suatu peningkatan dan pembersih hati ini..”

“bonda yang dirindui,peringatan bonda kepada anakanda tempoh hari,tetap anakanda akur dan anakanda ingati…Dodoian bonda (lailahaillahallah) sewaktu bonda hendak tidurkan anakanda kan dipeganagi sekuat kuatnya..,.Kalimah thoibah itulah insyaallah menjadi peganagn anakanda .Objektif hidup ini hanyalah beribadah kepadaNYA..,amal ma’ruf nahi mungkar…,menjadi qudwah hasanah dalam berdakwah..dan lai lain lagi…akan anakanda cuba penuhi…Menjadi da’ie sesungguhnya adalah tanggungjawab yang berat.Ia adalah kerja para nabi dan rasul yang penuh ranjau dan duri.Ia bukanlah jalan yang dihampari permaidani merah,,,akan tetapi tugas itu akan anakanda cuba laksanakan demi islam dan ummat islam.Sekian sahaja setakat ini.moga Allah mengasihi kita berdua…”

Yng Benar,
Anakandamu ammar…




Coretan ini dari insan yang berumur 15 tahun(2004) ketika itu..,tetapi sekarang sudah pun kembali ke rahmatuallah( tahun 2009) terlibat dengan kemalangan di Mesir…x lain x bukan ..beliau adalah

ALLAHYARHAM MUHAMMAD AMMAR BIN ZULKIFLI
Seorang yang cukup terkesan org –org sekelilingnya dengan sikap yang sentiasa menunjukkan yang terbaik dalam semua bidang…

Antara kalam kalamnya:

semoga pemergiannya dirahmati ALLAH..(al-fatihah)

Insyaallah marilah kita sama - sama bermuhasabah diri ...meninggalkan segala kekurangan dalam diri yang menjadi pembatas kita kepada kebaikan dan mempertingkatkan lagi rasa izzah kita terhadap apa yang telah kita dapat dalam melaksanakan tuntutannya...ameen..

semoga segala catatan ini menjadi satu penyaksian kepada perubahan dalam diri...
akhir kalam..



MAY ALLAH BLESS US!!

WALAHU'ALAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...