bismillahirohmanirrohim...(segala pujian hanya untukNYA...)
merenjis renjis ikan bilis hehehhe
x pun bersanding lah kamu....di hari yang bahagia...org kata kan sekari seumur hidup ..jadi kita lakukanlah perkara yang tidak akan berulang lagi....
WALAHUA'LAM,....
Assalamualaikum semua .., semoga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat...
errmm..kali ini saya nak entry ckit pasal ~slot tanyalah ustaz di tv9 pada hari ini jam 7.00 pagi tadi(17/2/'11)~
tajuk slot kali ini memang saya cukup minat
"PERKAHWINAN"
heheheheheeh....bukan sebab saya nak berkahwin tetapi saya bercerita , input dan output yang diberikan amat berguna buat tatapan para ibu bapa serta remaja yang di ambang alam pernikahan...
Disampaikan oleh...mursyid imam muda kita...
'USTAZ HISYAM'
'USTAZ HISYAM'
ustaz hisyam berada di hujung sebelah kanan |
ok..firstly..ustaz hisyam menceritakan serba sedikit berkaitan dengan mencari keberkatan dalam mengadakan majlis perkahwinan..
ha! mencari keberkatan tau bukan komersial , atau bienes...cuma masalah sekarang anak anak muda ni..,tak pun yang melebih lebih mertuanya .(.tul x??)
masyarakat sekarang ini hanya memandang "macam mana nanti org -org cakap pasal kita"
buat apelah kita nak memandang apa yang dicakapkan oleh masyarakat...!!
abis tu, ape pulak citernya kalau disisi Allah...( x tengok ke ,apa pulak pandangan Allah terhadap kita...!!!)
Allah lagi murka kepada kita..kerna apa???
kerna kita tidak melakukan apa yang terbaik di sisi agama...
ada audience bertanya :
- Assalamualaikum ustaz....,macam sekarang inikan bila adenya majlis perkahwinan ..,orang yang dijemput pasti memberikan duit kepada tuan rumah...,jadi saya ingin mengetahui pandangan ustaz mengenainya ..adakah kita dibenarkan melakukan itu??
jwpnnya :
menurut islam melakukan perkara begitu tidak salah ...,ia dah menjadi lumrah hidup memberikan sedikit cenderahati kepada si tuan rumah atas ucapan tahniah kerana bertambahlah keluarga...yang menjadikan nya salah ,,,apabila tuan rumah tu dah set dalam mindadia
(sebelum majlis ) ...."aku dah laburkan dalam majlis sekian sekian...,jadi aku jemput dalam sekitar 1000 org..,kalau sorang beri 10 ringgit...,baliklah modal aku..."
itu yang menjadi salah...
Tapi bukan tu je pernah org tanya saya 'ustaz macam mana pulak kalau tuan rumah tu x nak terima duit kita??"
hah kalau macam ni pulak..itu bermaksud tuan rumah tu memang x nak terima apa apa hadiah kerana ingin menunjukkan keikhlasan nya dan kesyukurannya untuk mengadakan suatu majlis..takpun boleh je kalau tetap org nak berikan ..kita sediakan tabung dekat sebelah kita..untuk mereka sumbangkan cthnya untuk sekolah sekolah tahfiz ke...
jadi amal ni amat digalakkan ..tiada sebab untuk dilarang..semuanya bergantung kepada niat...
2. soalan kedua yer ustaz.., salam ustaz..,saya ingin bertanya boleh ke kita bersanding dan mengadakan merenjis tepung tawar macam masyarakat sekarang lakukan ..,apa penjelasannya mengenai ini yer ustaz??
merenjis renjis ikan bilis hehehhe
x pun bersanding lah kamu....di hari yang bahagia...org kata kan sekari seumur hidup ..jadi kita lakukanlah perkara yang tidak akan berulang lagi....
jwpannya:
ha...bagus soalan begitu...soal bersanding dan renjis tepung gandum..eh tepung tawar ni ..memang dah banyak di perkatakan oleh para ulama'..macam nilah...mak cik makcik yang ada dekat depan saya ni mesti dulu bersanding kan..hhhh...betul x.?? eh ada yang ngaku pulak....tak pe dulu kita kan jahil....jadi sekarang ni yang dulu tu biarkanlah tapi kita mulakan yang baru untuk generasi akan datang ni...sebelum tu saya nak tanya ckit..."kalau makcik 2 balik rumah tengok balik kitab kitab ( kalau yang adala...) ulama 2 kan ade x dalam islam Rasulullah menyuruh kita bersanding ketika majlis...ada x??"...ha tahu pun makcik..". x de " kalau x de kenapa still buat juga...
nape takut org kata ape yer...kan saya dah cakap... nak org tengok kita ke atau kita dapat murka allah...
macam nilah...bersanding ni dah menjadi perkara larangan kerana ulama ulama dah mensabitkan kan kesalahan ...,apabila kamu bersanding akan menampakkan kecantikan mu..,kalau wanita...tapi kalau x pun mesti ayah si wanita atau si suaminya pasti cemburu kerna apa ??
kerna itukan anak mereka / isteri diorang kenape pulak ditayang kan pada semua...satu lagi aurat pasti x terjaga betul x??
ok berbalik pulak pada merenjis... tepung tawarkan makanan ...,elok x kita melakukan sebegitu kepada makanan...kenape x di renjis nya dengan burger ke..dengan nasi ke...kan boleh??..,ha...ini kerana mernjis tu adalah perbuatan agama hindu...kita sama ke dengan diorang ...perlu ke kita buat cara agama lain...??
jadi kalau org cakap kita dah manipulasikan ...dari hindu jadi melayu...,,,ok, tapi cara itu ada x disyariatkan dalam islam ...x ada puan puan....jadi saya x nak cakap banyak sgt nanti pening kepala ..paham pahamlah..kita ni nak adakan majlis ni untuk dapat berkat ..berkat dari sape...kalau dari org memang boleh laksanankan macam tu..tapi ni dari Allah puan puan...jadi kita ni kalau nak mengadakan suatu majlis perkahwinan perlu ada ilmu...ilmu agama...
Rasulullah bersabda.."..barabg siapa yang menginginkan dunia ,,perlunya dia pada ilmu..,siapa pulak yang menginginkan akhirat.,juga perlu ada ilmu..,hatta menginginkan kedua-duanya..permu juga memiliki ilmu..."
soalan lain pulak...
3. salam ustaz.., macam mana pulak kalau si lelaki itu ingin berkahwin ..tetapi tidak mempunyai duit hantaran ..,jadi dia berhutang...bagaimana pulak cara islam menghalangnya...?
Jwpanya :
baiklah...berbalik pada hadis nabi..."....apabila seseorang dari umatku ingin berkahwin maka segerakanlah..,tetapi apabila dia tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya, maka berpuasalah dia 3 hari..."
Islam dah ajar ...jadi masalahnya ...kalau si laki tu ttp nak kahwin menggunakan cara berhutang...hutang pulak dengan along berlesen/ x berlesen...susah puan puan...nanti sampai ke tua di kejarnya along ...dengan bunganya yang ditetapkan....
allahuakhbar!!...islam dah ajar cara senang...,
takpun pihak yang meletakkan nilai hantaran itu...,
Memudahkan mas kahwin merupakan jalan kemudahan yang membawa kepada keberkatan seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;
إن أعظم نساء أمتي بركة أقلهن مهرا
Maksudnya;
“Sebesar-besar berkat perempuan dikalangan umatku adalah serendah-rendah mas kahwinnya” (Musnad As-Syihab Al-Qida’ii : 1065)
إن أعظم نساء أمتي بركة أقلهن مهرا
Maksudnya;
“Sebesar-besar berkat perempuan dikalangan umatku adalah serendah-rendah mas kahwinnya” (Musnad As-Syihab Al-Qida’ii : 1065)
tetapi jangan sampai menjatuhkan maruah lelaki tersebut...
fikirkan lah yang tebaik kerana perkahwinan yang mudah dan menepati syariat itu amat berkat..
4. soalan yang terakhir yer ustaz.., apa amalan amalan sunnah Rasulullah ketika berkahwin...?
jwpannya :
herrmm...banyak sunnah yang nabi ajarkan kepada kita..., sehingga dalam bab yang kecil kecil pun Rasulullah mengajarkannya...
contohnya
- mengucapkan barakaALLAh kepada pengantin...( macam lagu maher zain)
- apabila kita sudah berkahwin disunnatkan untuk menunaikan solat sunnat dua rakaat..(hanya seumur hidup dilakukan yaitu selepas di ijab kabulkan..)
kita laksanakan perkahwinan ini mengikut syariat bukan dengan pandangan manusia...serta ingin mendapat keberkatan...
apabila ada yang mengatakan " kalau gitu ustaz susahla..itulah inilah.."
kalau dah macam tu..."ikutlah orang ketepikan pandangan Allah..,ingin mandapat murkanya laksanakanlah..hilang keberkatan majlis.."
itulah serba sedikit maklumat yang ingin saya kongskan kepada semua..semoga apa yang baik itu di jadikan pegangan dan sama samalah kita menginsafi diri..check apa lagi kelemahan dalam diri untuk kita perbaiki...
akhir kata dari saya...:
Akhir dari tulisan ini, saya ingin berpesan kepada diriku dan pembaca-pembaca sekelian dengan satu hadis Nabi SAW;
إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya; “Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)
the best quality... |
tenkiu kakak.. dah lama bibik tak tengok rancangan ni.
BalasPadamkakak bila nak kawin? :P
mengade ngade bibik....bik loon pun still single...beranganla kakak nak lompat bik loon ngan paman enit heheheheehe........
BalasPadam