Sabtu, 30 April 2011

1 penyampaian 2 cara pelaksanaaan...

salam kasih kepada semua pembaca...
ingin saya berkongsi sedikit cerita mengenai seorang ayah kepada 2 orang anaknya ketika ayahnya sedang nazak dan ingin memberikan wasiat kepada kedua dua orang anaknya..

disaat ajal menjemput si ayah itu..sempat dia berpesan kepada anak -anak lelakinya itu ..
pesanannya berbunyi bergini...:

~ tidak keluar rumah apabila terbitnya matahari ~



dan

~jangan mengutp hutang ~



setelah itu anaknya berjanji akan melaksanakan apa yang dipesan oleh ayahnya..lalu setelah itu.. ayahnya pun meninggalkan mereka sekeluarga...

si ibu kepada anaknya itu berpesan agar tidak melanggari wasiat yang telah ayahmu berikan...dan berharap agar mereka dapat melaksanakannya dengan baik wasiat itu...



hari demi hari....minggu setelah minggu ...bulan hingga ke bulan...,suatu hari.. ibunya memanggil kembali dua orang anaknya untuk melihat khabar mereka...serta ingin menanyakan bagaimana kehidupan mereka dalam melaksanakan wasiat si ayah itu...

setelah mereka datang...si ibu bertanya kepada si adiknya dahaulu..

"bagaimana hidupmu wahai anakku yang bongsu..dengan kehidupanmu sekarang"

lalu dia menjawab...

"wahai ibuku..,wasiat ayah sangat kejam...tak berperikemanusiaan..,habis bankrap saya sekarang...kerana wasiat ayah tidak membenarkan saya keluar pada siang hari untuk mengelakkan terkena cahaya matahari..,saya terpaksa menyewa sebuah kereta yang hebat serta mampu melindungi saya dari terlihat matahari..,jadi saya terpaksa membayar sewa itu dengan mahal...,tetapi nasihat ayah juga tidak membenarkan saya mengutip hutang hutang pekerja..saya semakin lama semakin kehabisan duit...wasiat ayah memang kejam.."

lalu si ibu bertanya pula kepada si abangnya dengan soalan yang sama dengan si adiknya tadi...lalu abang nya menjawab...

"wahai ibuku...wasiat yang telah ayah berikan amat berguna...., kerana ayah tidak membenarkan saya keluar ketika adanya matahari..jadi saya keluar bekerja pada sebelum subuh...,dan saya pulang kerumah setelah matahari terbenam...,jadi saya dapat melakukan kerja seperti biasa ..dan harta saya semakin melimpah dengan melaksanakan amanat ayah itu apabila ayah melarang saya untuk tidak mengutip hutang, maka saya menyeru kepada pekerja 2 saya kalau hendakkan sesuatu jangan berhutang..tetapi semuanya perlulah dibayar tunai..maka kehidupan saya hari ini amat membahagiakan ..wasiat ayah amat berguna.."

jadi dapatla kita simpulkan pengajaran yang terdapat melalui kisah ini...

seperti proses pembelajaran di dalam kelas...cikgu memberikan penerangan ,nota ,tunjuk ajar yang sama kepada semua nak muridnya..tetapi cara penerimaan diantara setiap murid itu berbeza beza...,cara yang dilaksanakan oleh mereka tidak sama...,

so impossible kita tidak boleh berjaya seperti mereka yang berjaya kerana ilmu yang dberikan kepada kita sama sahaja dengan mereka cuma kaedah yang kita lakukan itu sahaj yang berlainan...

so mungkin sedikit cerita dan pengajaran ini berkesan kepada kita...renung renungkan..dan selamat beramal..

WAALLAHU'ALAM..


Khamis, 28 April 2011

really touching my heart~

greetings of love, his love, longing for brotherhood and peace .. ~ may Allah be with usin any situation ..
 I sincerely sincerely perform byte byte nasyeed very soul of this  touching ..
by ahmed bukhtiar 
.
entitled to nasyeednya :

"FORGIVE ME"

Today, a upon a bas,
I saw a girl,
with golden hair,
and wished i was a fair,

when suddenly she rose to leave,
i saw her hobble down the aisle,
she had one leg and wore a crutch,

but  as she passed, she smiled.
Oh god, forgive me when i whine,
when i whine......

I have two legs,
the world is mine...

I stopped to buy..,to buy some candy..,
the lad who sold it.,
had such charm.

I talked with him. he seemed to glad.
if i were late,it'd do no charm.,

and then i left .., he said to me..
"i thank you ,you've been so kind...,
you see..., " he said "i'm blind..."

Oh god .., forgive me when i whine..,when i whine.....

i have two eyes ..,the world is mine.....

i saw a child with eyes of blue..,
he stood and watched the other play..,
he did not know what to do...,

i stopped the moment .., and then  join the i said..,
"why don't you the other, dear.?"
he looked ahead without a word...
and then i knew, he couldn't hear..

oh god forgive me when i whine...when i whine...

i have two ears ..the world is mine...


with feet to take me where i'd go,
with eyes to see sunset's  glow,
with ears to hear what  i'd know..

oh god., forgive me ..when i whine..when i whine...

i've been blessed indeed, the world is mine..
....................................................................



I hope we always appreciate all the blessings bestowed by God ... and use it only for the love of god .. we just borrow only.!

WALLAHU'ALAM..






Isnin, 25 April 2011

thumbs up!!

what meaning >>>>>>>>  thumbs up!! ????




What is meant by those who want the best .......!!!!

nothing that is not smooth HiMEGA 11 It was a very mengamit hearts ...

we do not stop in the middle of the road before reaching the destination .. and continue to try to find a way out! towards the mission and tarbiyah .. 

and now I know that my immediate goal ...
HiMEGA  is the best .. thumbs up!!! ..


Khamis, 21 April 2011

kita berada di level??

Assalamualaikum w. b. t,
semoga semua sihat dan bersama sama dalam ingat memperingati antara satu sama lain...

sedikit pengertian untuk kita berada di dalam hati masyarakat sekarang ..
mempunyai 4 tahap

tahap yang pertama...:


sedih  mereka...apabila kita hendak meninggalkan mereka...
kerana kita sudah banyak berjasa....
akhlak kita sopan ,baik ....orang senang dengan kita...


tahap yang kedua..


biasa sahaja ......apabila kita meninggalkan mereka..
kerana kehadiran kita sekadar sesuatu yang penting untuk sesuatu tugasan tetapi kalau kita tiada ..tiada siapa ambil kisah sangat...

tahap yang ketiga..


kita sekadar seorang badut sahaja pada mereka....ader nya kita hanya sebagai penghibur bukan layak untuk di ingati...mereka langsung tidak memuji atau mencela..sekadar iyakan dan sekadar anggokkan...
malah kita meninggalkan mereka ,langsung tiada kesan..

tahap yang terakhir..


hah!!! kaum tahap ini lah...yang paling harus kita jauhi...iaitu mereka paling suka kalau kita bersikap sebagai seorang pendengki..,suka menghancurkan manusia...mereka amat amat berharap untuk tidak melihat kita berada bersama mereka...

jadi anda sudah membuat keputusan...
dikalangan manakah anda berada????


Rabu, 20 April 2011

NILAI KEJAYAAN..

assalamualaikum ..salam sejahtera dan selamat beramal ..

mahu dengar cerita mengenai seekor keldai terjatuh ke dalam perigi buta...???




kisahnyer begini...pada suatu hari seorang pengembala dan seekor keldai sedang berjalan merentasi sebuah perkampungan..dan ketika sedang berjalan keldai itu merentasi sebuah perigi buta dan terjatuh di dalam nya...
kemudian si tuannya itu ..terperanjat dan cuba untuk menyelamatkannya keluar dari perigi itu....
cuba...
cubaaaa........
dan mencuba...
akhirnya tuannya berputus asa.....
keldai itu pon sudah naik risau memikirkan nasibnya..didalam perigi itu...keldai itu meminta simpati tuannya untuk mengeluarkannya...tetapi memang tiada jalan yang boleh menyelamatkan keldainya itu...keldai itu berat untuknya amgkat..

maka terfikir akan tuannya satu idea...



tuannya memanggil penduduk kampung itu untuk menolong nya menuangkan tanah ke dalam perigi itu ...biarkan sahaja keldai itu mati..dan dia menyelamatkan pulak sesiapa yang melalui kawasan ini tidak jatuh seperti keldainya tadi...

semakin lama tanah itu di masukkan...semakin meraung nangis si keldai tadi yang masih di dalam nya..dia tidak mahu mati...jadi dia menangis semakin kuat sehingga samapai satu tahap keldai itu menjadi senyap...
penduduk kampung merasa hairan lalu mereka melihat apa yang telah terjadi..

adakah sudah mati???
atau sedang nazak..???
..
tetapi setelah melihatnya mereka semua seakan terkejut....
rupanya keldai itu memikirkan jalan penyelesaian untuk keluar dari masalah yang di hadapinya dengan cara.....

apabila mereka membaling tanah ke dalam perigi itu ...dia akan melompat menaik ke arah tanah yang tadi...kemudiaan apabila tanah di balingkan lagi ..dia pon melakukankan kaedah tadi..
jadi semakin lama tanah itu semakin meninggi dan keldai itu pon sudah berdekatan dengan mulut perigi buta ....dan akhirnya setelah berusaha lompat melompat..keldai itu selamat sampai ke atas nya..dan lompat keluar dari perigi itu.....



dengan success keldai tadi ...dapat kita pikirkan .....

sebenarnya...
sesuatu masalah itu merupakan batu loncatan kepada kita untuk lebih kehadapan....
bukan apabila datang nya masalha itu menjadikan kita ini seorang yang lemah...bukan itu..!!!!
tetapi apabila kita menemui satu permasalahan itu hendak menyelesaikannya dengan cara yang bijak bukan tergopoh gapah.....kerana kejayaan itu kadang kadang hadir apabila kita mengalami kegagalan pada masa dahulu....betul x??
jadi anggaplah masalah itu satu batu loncatan untuk kita terus menuju kearah kecemerlangan hidup...
ambillah pengajaran dari kisah keldai tadi....

I WANT TO SUCCESSED


meraih segulung ijazah..~~~ insyaallah..doakan...


kita bisa cemerlang ...remember that!!!!


get the point...>>>>>>allah is always beside us!! so jadikan allah sebagai tempat mengadu pemasalahan supaya kejayaan itu hadir dengan usaha...

sekian sahaja dari saya semoga allah sentiasa merahmati kita amin...

WALLAHUA'LAM...

Ahad, 17 April 2011

next entry about bahaya sihir /ilmu hitam.

surah al-baqarah : 102


mafhumnya:
mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.



surah baqarah ini adalah ayat quran yang dapat meleraikan sihir ikatan yang menyebabkan sebuah perkahwinan yang tidak sempurna supaya sihir ini tidak dapat mengganggu kehidupan seharian.... I.allah..

sukalah saya berkongsi sedikit berkenaan soalan yang menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat yang pernah mengalami masalah ini kepada pembaca sekalian.. :

  1. assalamualaikum ustaz ,saya seorang bapak saudara kepada seorang gadis berumur 30 tahun yang masih menunggu jodohnya...tetapi dia mempunyai masalah perut membesar dan saya serta keluarganya sudah menghantarnya untuk dirawati oleh doktor ttp, sia sia sahaja kerana beliau mendapati anak saudaran saya ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan langsung sama sekali...dan sekarang perutnya semakin hari semakin membesar...adakah ini dilakukan oleh sihir juga ustaz...???
jaddi jawapan yang diberikan kepadanya berbentuk begini...:

ustaz sharhan : herrmmm itu kalau dalam perubatan islam ia dinamakan sebagai penyakit busung...memang penyakit ini tidak mampu dikesan melalui perubatan moden sekarang kerana ape??kerana jin ini ada kerajaan dia sendiri yang bahagian kabinet dia kerjanya menyakitkan manusia ...ade yang begitu..jangan ingat manusia jer yang ade kerajaan jer....jin pon ade kementeriaan sendiri...jadi kalau sakit ini kita nak keluarkan angin pon kekadang tak ade angin ...nak keluarkan air pon ..air kat perut tu pon bukan nyer ade...jadi sakit yang sebergini memangla perlukan ubatan islam yang melalui kaedah ayat quran....ape ayatnya...:

surah an-anbiya' : 83...
amalkanlah setiap hari...bukan hanya yang ade sakit jer..kalau boleh yang sihat sekarang ini pon amalkanlah kerana bukan kita tahu allah rancang ape untuk kita di masa hadapan kelak....

sedikit ilmu yang saya kongsikan ini mampu memberikan kita satu pengajaran dan pembelajaran kerana jangan kita bermain main dengan ilmu hitam ini kerana allah tidak suka kepadanya...nauzubillahiminzalik...semoga allah menghindarkan kita dari segala ilmu sihir ini...ameen...


just for sharing..moga allah menerima segala ungkapan kata yang telah di catat...

walahu'alam...


   
         

Sabtu, 16 April 2011

bermimpi menyusukan bayi??

"Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi."



petikan ini saya ambil dari satu laman blog ...dan saya ingin mengajar sekalian ummat manusia menyedari akan tafsiran mimpi mengenai kanak kanak mendatangi kita di dalam mimpi atau kita menyusukan kanak kanak itu.....ini adalah sesuatu perkara yang harus diambil ketahui...

melalui tazkirah yang saya perolehi pada pagi ini melalui slot tanyalah ustaz sesi bersama dengannya :
ustaz sharhan shapie...
seorang pengamal perubatan islam...

dengan tajuknya ILMU SIHIR/ILMU HITAM...

dia menceritakan mengenal jenis sihir dan cara mengenal sihir itu...

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil

  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

harus kita meneliti melalui ilmu al-quran....bukan dari sembarang ilmu...



SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

ada lagi selebihnya 7 jenis sihir...,
untuk lebih mengetahui lagi lawati :lanjutan mengenai sihir/pukau..

perbanyakkan membina pelindung diri..tetapi bukan melalui saka / jin ....hiasilah diri dengan alunan ayat suci al-quran...
kerana ape???

kerana masyarakat sekarang suka mengatakan sihir itu karut...dan apabila ia menyebut sebegitu..ia menempah neraka kerana dalam kitab al-quran allah menyebut sebanyak 60 kali mengenai sihir dan 82 kali allah menyebut jin...sihir dan jin bagi aur dengan tebing..mereka tidak dapat dipisahkan....

tanda haiwan itu adalah haiwan atau jin adalah :

1.jika ia ular...

.lihatla pada matanya ,apabila dia berkelip ..hah itu adalah jin,tp sekiranya dia tidak berkelip ,maka itulah makhluk allah bergelar ular....

.lihat pada tubuhnya...apabila ia jin sisik ular itu akan terbalik

.dan ia berwarna hitam maka , kamu halau la dia dengan kalimah yang pernah dilakukan iaitu dengan memperinagati jin itu dengan perjanjian yang pernah dibuat diantara jin dan nabi sulaiman a.s,

2.jika ia kucing...

.berwarna hitam...

.lihat pada matanya jika ia tidak berkelip..itu adalah jin..,jadi anda telah membela seekor jin maka halau lah ia dengan cara yang terbaik iatu dengan cara di atas atau mengazankan ...

semoga kita sentiasa mengharapkan yang terbaik oleh allah...,
kerana allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....

walahu'alam...



Ahad, 10 April 2011

THIS IS MY STORY..


www.this-is-my-story.com/v/D56J7H8S644R

ASSALAMUALAIKUM...semua..
anda harus melihat ini..kejayaan yang harus dipupuk mulai sekarang....

moga cita cita ini tercapai...

moga allah membantu ameen...

wallahu'alam..

Bersegeralah dalam menunaikan wasiat...


assalamualaikum semua.. semoga sihat walafiat...,
 Selama-lama  roh berada dalam urusan Tuhan,dan selama ia akan keluar dengan kekuasaan Allah s.w.t,dan kita tidak ada kuasa atasnya sejak penciptaan roh itu sehingga kepada kesudahannya,maka wajiblah kita menuliskan wasiat kita itu dan menjeskannya kepada orang yang akan kita tinggalkan itu.Ini supaya kita tidak meninggalkan mereka dalam keadaan kacau-bilau selepas kematian kita.Kita perlu mewasiatkan perkara-perkara yang akan menjadi bahagian dan tanggungjawab mereka.

 Terkadang ahli waris yang ditinggalkan itu tidak tahu hukum-hukum yang berkenaan dengan warisan.Mereka tidak teliti tentang hukum-hukum si mayat. Mereka membahagi-bahagiakan harta peninggalan si mayat padahal di sebalik itu ada lagi cabaran yang cukup berat bagi si mati.

 Roh orang yang mati itu terhalang masuk syurga kalau hutang-hutangnya belum dibayar.Menurut keterangan sebuah hadis,daripada Muhammad bin Abdullah bin Jahsy r.a ,beliau berkata : Rasulullah s.a.w duduk manakala jenazah sudah diletakkan.Baginda s.a.w memandang ke langit,lalu memejamkan matanya. Kemudian Baginda s.a.w meletakkan tangannya di dahi beliau sambil membacakan: "Subhanallah,Allah s.w.t menurunkan al-Tasydid."

 Kemudian perawi melanjutkan ceritanya lagi: Kami pun terdiam kerana sudah memahaminya. Pada keesokan harinya saya bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkan dengan al-Tasydid yang diturunkan itu.Baginda s.a.w menjawab : Maksudnya ialah hutang. Demi Allah s.w.t diri Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya , seandainya ada yang mati syahid kemudian dihidupkan semula,selepas itu mati syahid lagi dari hidup semula,selepas itu mati untuk selama-lamanya orang yang seperti ini tidak akan masuk syurga selama hutang-hutangnya belum dijelaskan(dilunasi)
 
 Tetapi kalau seseorang mukmin sudah melaksanakan hukum Allah s.w.t pada lurus itu,wasiatnya itu ditulis serta disampaikan kepada ahli warisnya,maka tanggungjawab dan dosanya sudah beralih kepada mereka.

  Allah s.w.t berfirman : 
فَمَنۢ بَدَّلَهُ ۥ بَعۡدَمَا سَمِعَهُ ۥ فَإِنَّمَآ إِثۡمُهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ

Terjemahannya: "Maka sesiapa yang mengubah wasiat itu,setelah ia mendengarnya,maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang yang mengubahnya.[Surah al-Baqarah:181]

Mereka berdosa kerana mensia-siakan hak Allah s.w.t dan hak hamba,terutama hak orang tua atau kerabat-kerabat yang sudah percaya kepada orang yang menerima wasiat itu. Sebagaimana si mayat tidak mensia-siakan wasiatnya begitu pula kiranya si penerima wasiat,mesti melaksanakan amanah yang di pegangnya.

 Namun demikian agama islam memberikan hak kepada penerima wasiat untuk mengubahnya seandainya pesan yang diwasiatkan itu menyimpang dari ajaran syarak.Misalnya: penerima wasiat yakin akan terjadi hal-hal yang tidak baik apabila wasiat itu dilaksanakan.

Firman Allah s.w.t:
فَمَنۡ خَافَ مِن مُّوصٍ۬ جَنَفًا أَوۡ إِثۡمً۬ا فَأَصۡلَحَ بَيۡنَہُمۡ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Terjemahan: "(Akan tetapi) sesiapa yang khuatir terhadap orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa,lalu ia mendamaikan antara mereka,maka tidaklah ada dosa baginya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [surah al-Baqarah:182]

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"[Hadis riwayat Ibnu Majah,Daruqutni dan yang lainnya]

Menurut akal memang tidak logik kala si mayat itu pergi menuju akhirat dengan membawa dosa orang lain,sementara orang lain pula menikmati harta peninggalannya.Beerti si mayat hanya menanggung risikonya.

 Oleh itu,dapat kita simpulkan bahawa wasiat itu tidak boleh menyalahi syarak sekalipun menguntungkan kepada orang lain.Wasiat yang bagus ialah yang dapat menyelamatkan anda.

 Orang islam tidak boleh menangguh-nangguhkan wasiatnya sampai saat ghargharah(sakaratulmaut).Kerana saat seperti ini sepertiga hartanya sudah dianggap harta peninggalan(warisan),walaupun dia masih hidup.Dan juga tidak boleh menuliskan wasiat ketika marah atau ketika fikiran tidak tenang.



semoga allah bersama sama mereka yang memperjuangkan agamanya...ameen...

wallahu'alam..

Ahad, 3 April 2011

~AKTIVITI~

Assalamualaikum semua..semoga sihat walafiat hendaknya...,

cuba renungkan gambar dibawah ni sambil fikir apa yang nak dimaksudkan...


berjamaie...-masa sekolah dulu~

kemudian berseorangan kerana tidak lagi bersama jama'ah..

kini..hati menjadi semakin rindu mengenai kerja islam~~

akhirnya saya buat keputusan untuk memahami apa sebenar islam itu dan muslim dalam diri saya..~~
masih saya ingati...
kata kata ini...
kita harus bergerak menyibukkan diri kita bukan orang atau dunia yang mengerakkan kita kerana kita adalah khalifah di dunia.....

jadi ape yang saya harus lakukan...

mencari pengisian secara berkumpulan untuk terus di sirami rasa renah diri kepada ALLAH...
selalu..mengaitkan masalah dunia dengan pegangan islam kita pada hari ini...

YA!!! ITU YANG HARUS KITA LAKUKAN...
mengembalikan semula zaman kegemilangan ummah yang dahulu...

ataupon lebih senang kita meletakkan matlamat hidup dalam jangka yang pendek...kerana kita tahu jangka yang panjang adalah mencapai mardhotillahnya..

Matlamat

       Meletakkan perhambaan sepenuhnya pada Allah demi meraih mardhotillahNYA……
Objektif :
                
        I.        Membentuk keluarga solehah mukminah mutmainnah agar dapat membina daulah islamiyah seterusnya khilafah .
·        Memilih jodoh yang sesuai dengan melaksanakan solat isthikharoh pada Allah.
·        Menjadikan al-khansa’ sebagai idola agar dapat mendidik anak- anak menjadi jundullah.
·        Melaksanakan halaqah dalam keluarga secara konsisten.
              
            II.        Meraih PhD. Dalam pendidikan quran sunnah/TESL.
             
    III.        Iltizam dengan dakwah dan tarbiyah sepanjang hidup.
·        Mengikat diri dengan jemaah.
           
          IV.        Menjadikan qiammulail sebagai rutin harian yang wajib.
              
        V.        Menjaga pemakanan yang seimbang dan dijamin ,kerana penyakit zahir dan batin kebanyakannya berpunca daripada pemakanan
·        Makan makanan anbiya’ seperti madu, susu kambing , kurma.
·        Mengelakkan makanan syubhah seperti KFC, dll.


walahu'alam...



Terdapat ralat dalam alat ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...