Ahad, 30 Januari 2011

Hargai sebuah penghargaan dan terimalah sebuah pandangan...

Assalamualaikum semua...,semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.

Erti sebuah penghargaan ini suatu perkara yang amat bernilai sebagai contoh nilai sekeping duit kertas ringgit..jadi untuk kita menghargai sesuatu itu adalah suatu kewajipan terutamanya kepada ALLAH RABBUALAMIN..


penghargaan bukan pujian mahupun sanjungan kepada seseorang ttp ianya merupakan  satu anjakan paradigma kepada diri seseorangan untuk lebih melakukan yang terbaik ..diatas apa yang dia telah usaha kan...

kadang kala selain kita menerima penghargaan org..kita pasti menerima pandangan orang yang mungkin kita sukar untuk terima ( betul x?) kerana apa?/.....semestinya yang terbaik untuk diri kita...
kita perlukan penghargaan  dan juga kita perlukan pandangan untuk memperbaiki diri...


kita perlu menerimanya dengan baik dan lakukan yang terbaik.....

Maafkan daku wahai sahabat ...jika diri banyak melakukan silap padamu....

sharing moment...!!!




thank you my buddy...


thank you my buddy ....

setiap laku mu akan ku kenang hingga akhir hayat...muaaahhhh..


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
DENGAN SENYUMAN LAH....

"Apabila semua itu dihubungkan dengan keimanan , maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"

"Hati tiak akan mampu tersentuh,
tanpa taaruf dan pengenalan,
maka wahai para penyeru,
janganlah kamu menyeru dengan sondolan ,
 selamilah hatinya dan carilah punca permasalahan,
di situ baru munculnya penyelesaian..."

SHARING MOMENT.....

thank you...!!

Jumaat, 28 Januari 2011

PELBAGAI mesej menjadi SAHABAT

Salam kepada semua..
semoga berada dalam keadaan yang sihat walafiat...

Dalam handphone setiap insan yang bergelar manusia pasti mempunyai mail box...
Dalam setiap mail box pasti terdapat pelbagai kata kata ...ucapan atau sebagainya...
Dalam setiap kata kata itu...pasti terdapat pengirimnya...
tetapi dalam setiap pengirim itu adakah ia menghantar nasihat yang berguna kepada teman atau sekadar omongan yang tidak bertujuan..

Adakah ia menyumbang kepada sedemikian...

Insya -allah pasti antunna semua mengerjakan dengan sebaiknya...kerna setiap perbuatan itu bertitik tolak kepada niat kita yang sebenar..

Di sini saya nak kongsikan sedikit.. beberapa mesej yang menjadi sahabat atau erti kata lain peringatan kepada diri...:
  • SAAT KEJAYAAN ADLAH SAAT IMAN,
SAAT KERUNTUHAN ADALAH SAAT HILANGNYA IMAN,

SEBAGAIMANA IMAN MENCIPTAKAN KEAJAIBAN DALAM JIWA,

SPRT ITU JGNLAH IMAN MENULIS CERITA DARI ALAM NYATA,

GELORA JIWA PUN MENJELMA MENJADI PRESTASI SEJARAH

(ABU HASAN ALI AN-NADWI)

  • HIDUP INI SUSAH KITA NAK DUGA ...
KDG - KDG KITA RASA DEKAT DENGAN SESEORANG ITU,

TAPI SEBENARNYA JAUH...,

WALAUPUN KITA DAPAT MENCAPAI DAN GENGGAM TANGAN DIA ,

TAPI BELUM TENTU HATI DIA DAPAT KITA SELAMI,

MUNGKIN KADANG KALA KITA DAPAT TENGOK DIA KETAWA,

TAPI KITA TIDAK TAHU APA DI SEBALIK SENYUMANNYA...

BILA KITA MENANGIS ,KITA INGAT KEHADIRAN KITA DAPAT MEMUJUKNYA ...,

WALHAL ..KEHADIRAN KITA LANGSUNG TAK DI SENANGI...,

MUNGKIN SAMPAI MASANYA KITA JATUH....

ADAKAH TANGAN ITU YANG AKAN  MENGHULURKAN BANTUAN ATAU KITA AKAN DITINGGALKANNYA...

ANA UKHIBUKIFILLAH ABADA ABADAN....

Di sini saya mengharapkan insan insan yang mengenali diri yang lemah ini...andai daku jatuh di lembah kehinaan ..bantulah daku menarik kembali seperti keadaan yang seperti asalnya insyaallah....

walahu' a'lam...



Rabu, 26 Januari 2011

TUDUNG SEPERTI BONGGOL UNTA.



ASSALAMUALAIKUM,
Kali ini, saya nak mengupas sedikit tentang  isu wanita @ perempuan sekarang memakai tudung dengan tidak syumul...
dengan berpakaian bagaimana...antunna fikirkanlah sendiri...banyak dah masyarakat di bumi kita yang beragama islam tidak mengamalkan agamanya tetapi menoleh ke perangkaan barat..
malah islam sekarang dah dianggap seperti buih di lautan kenapa???
kerana ramai yang memeluk islam tapi tidak kukuh dengan pendirian islam..insya allah....

fesyen telah mematikan hati kita..

Semoga para wanita dan juga kaum muslimin, bersama saya untuk memulihkan keadaan daripada azab Allah yang  dahsyat ...
apabila tertegaknya islam dalam diri kamu ...,insyaallah negara islam akan terbina...tetapi apabila kita melihat ke arah budaya lain bagaimana kita nak menaikkan martabat islam di mata dunia...sekadar peringatan untuk diri sendiri dan muslim yang lain...

Dalam hadith diatas , rasulullah memberi  tahu kepada kita...baginda tidak pernah melihat perkara seperti itu di dalam neraka ,sewaktu baginda di angkat oleh Allah ke langit(isra' mikraj),tetapi waktu zaman kita sudah terlihat tanda tanda seperti ini....tidak malukah kita kepada Allah dan juga  Baginda rasulullah s.a.w.??
sedangkan kaum musyrik dahulu lebih jahil dari kita yang dah pun mendapat hidayah Allah , tidak pernah melakukan @ memperagakan tudung seperti kita pada masa sekarang...

Malah, pabila wanita yang melakukan seperti itu, rasulullah mengatakan "tidak akan pernah dia mencium bau syurga....."
Nauzubillahiminzali'....semoga kita di tempat yang di janjikan oleh ALLAH..

moga Allah menjauhkan kita dari perbuatan yang dimurkai oleh NYA..diharapkan juga apabila kita mendapat sesuatu ilmu yang baru..ALLAh membimbing kita untuk menerima  nya insyaallah...serta meningkatkan keimanan kita Ameen...

satu perkara lagi....
perempuan yang memaki tudung yang menyerupai RAHIB...


mereka yang mengamalkan pakaian yang begini, sebenarnya bkn sahaja menyerupai rahib malah menyerupai kelakuan yang dimurkai ALLAH...kerana apa....???
Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”
Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?
Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.

.


Pesanan: 

Lagi tinggi songkok kamu, lagi tinggi pangkat syaitan yang menggoda kamu,
Lagi labuh tudung kamu, lagi banyak godaan yang kamu terima.

Panglima datang menggoda tau, bukan prebet atau leftenan bawahan.
Kamu dapat tangkis semua godaan ini, syurga ganjaran untukmu!

SELAMAT BERAMAL! ^_^
semoga segala yang kurang itu datangnya dari diri sendiri...,manakala yang baik itu dari ALLAH untuk di sebarkan kepada hamabanya yang dia kasihi...ameen...
wallahu a'lam...


Selasa, 25 Januari 2011

MASJID UNTUK ARKITEK...

 Bagi Memenuhi permintaan globalisasi untuk bersaing…..
Bersaing membangunkan pelbagai bentuk binaan seperti masjid….
Jadi kami ,dalam konteks pembinaan masjid ini, telah di beri pengiktirafan untuk mereka bentuk model masjid bagi  setiap kumpulan …iaitu
Semasa kami berada dalam institusi latihan insane rabbani
…(nama sebenarnya…institusi latihan islam Malaysia…heheheh)
Kepada para peminat rekaan ni…especiallynya kepada arkitekla
…(ceh yeye je arkitek nak amik..berangan jela…)
Bolehlah melihatnya…silakan jangan malu – malu…,,,hheheheh…

Ini masjid yang direka oleh kkk fc dlm kem kami tu:





      Hasil kerja dari fatayat….@ puteri (ade 5 kumpulan) :


Ni dari kumpulan khaulah al azwar…



Ni pulak dari kumpulan Muti’ah…(kump. Saya)



Yang ini dari kump. Marwa el syaheeda…..


Masjid ni direka oleh kump. Aws-qarny…(berjiwa pemuda)heheh…

Dan yang terakhir ini dari kump. Sumaiyyah…
Hah macam mane para arkitek ade x yang berkenan….klu ade yang berkenan boleh la contact saya di talian 014-4444444…tekan tekan tak dapat nyer….
Secara ringkasnyalah saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai program ini…
Program ini di beri nama sebagai
“KEM JATIDIRI DAN KESUKARELAWANAN REMAJA “
(JDK) 
Terbahagi kepada 3 zon iaitu tengah, utara dan pantai timur…
Saya telah berada di zon bahagian tengah …jadi perkongsian dari zon lain saya tidak merasai nya…program ni dah berlalu pada 25/12/2010- 15/1/11
Dua tahun dah kami mengikuti kem ni tahun 2010 n 2011..hehehehe…(joking..)
Di antara aktivitinya adalah
 seperti di atas tu(pembinaan model masjid itu dalam modul terakhir kami iaitu…MODUL PENGURUSAN DIRI…)
khas untuk pelajar lepasan SPM 2010…
insyaallah tahun ini…akhir tahun akan dijalankan juga program seperti ni…
insyaallah banyak input yang kita boleh dapat dalam memenuhi kehendak masyarakat dan dunia pada masa kini…

Doakan kami supaya tetap berada di jalan yang lurus….untuk mengejar negeri mardhotillah…insyaallah…may allah help us…amen…
Sekejap, saya nak ulas sedikit mengenai masjid ni…kepada semua pembaca jangan mengharapkan masjid itu dibina untuk kemegahan ….tetapi ingatla..masjid itu, biarlah kita jadikan kembali seperti zaman Rasulullah mendidik para sahabatnya,,..insya allah kita boleh ikut seperti baginda…
“apabila kamu ingin melihat Negara pada masa akan datang …,lihatlah para pemuda dan pemudi pada zaman sekarang..”
Ibnu zaujiyah berkata :
“Jika kita meilih jalan ketaqwaan , memang diri ini akan melalui cabaran selamanya untuk di uji keimanan kita”
Wallahu a’alam…..

Isnin, 24 Januari 2011

....::::ANDAINYA DAPAT KU ULANGI:::.....

Ditujukan khas buat teman seperjuangan permata 16 MATRI..

takkan pernah ku lupakan sejarah ini...


"YA ALLAH ENGKAU MENGETAHUI HATI HATI INI  BERKUMPUL 


KERANA MENGASIHIMU,


BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAH MU,


BERSATU UNTUK MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU,


HATI HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA,


UNTUK BERDAULAT DAN MENYOKONG SYARIAT MU."


"MAKA PERKENANKANLAH IKATANNYA,


KEKALKANLAH KEMESRAAN ANTARA HATI HATI INI,


TUNJUKKANLAH KEPADA HATI HATI INI,


AKAN JALAN-NYA YANG SEBENAR."


"PENUHKANLAH HATI INI,


DEBGAN CAHAYA RABBANIMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP,


LAPANGKANLAH DADA KAMI DENGAN KURNIAAN IMAN,


HIDUPKAN DAN SUBURKANLAH HATI HATI KAMI,


DENGAN MAKRIFAT MU,


MATIKANLAH KAMI SEBAGAI SHUHADA,


DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMAMU "


"YA ALLAH ,


ENGKAULAH SEBAIK BAIK SANDARAN,


DAN SEBAIK BAIK PENOLONG.


AMEEN YA RABBAL ALAMIN................"








SELAMAT BERMUJAHADAH!!




"Hai manusia , sesungguhnya kamu telah  bekerja bersungguh - sungguh menuju Tuhanmu ,maka pasti kamu akan menemui NYA."
(84:6) 

MEREKA YANG BERADA JAUH TETAPI DEKAT DI HATI..



ASSALAMUALAIKUM,
ape khabar org jauh...bibik syibah and paman omar...?
moga sentiasa dibawah naungan Allah hendaknya...

keluarga enche omar.....hehhe...
Nak dengar tak bik paman, satu cerita.....!!!

KISAH SUAMI CAMPAK ISTERI DALAM PERIGI BUTA..
(tak pe yer x speaking english ..hehhe)

Pada suatu hari, sebuah keluarga yang tinggal di kawasan pendalaman...(mestilah pendalaman dah ade perigi buta erk),sepasang suami isteri asyik riuh rendah aje..tak tahula apa nak jadi...yang pasti nya si isteri ni org nyer kuat bebel........, si suami dengar aje ..leteran si isteri tu...tak dapat di bendung lagi oleh suami tu...
( mestilah sape tahan asyik membebel jekan)

Sampai satu tahap si suami ni ader idea...>>>dlm hati si suami tu "baik aku campak dia ni dalam perigi, biar tak leh naik..senang sikit, x der la asyik berleter je..sakit telinga ni tau"

Si suami pun ajak si isteri ni ke perigi buta...ikut jelah isteri tu...tahu tahu...
suaminya tolak isteri jatuh dalam perigi tu...kemudian ditinggalkan nya ,langsung x hirau isterinya minta tolong..(almaklumlah...lelaki kalau dah buat keputusan mana nak tarik balik kan)

Dah 1, 2,3 hari lepas dah isterinya lingkup dalam perigi tu,,si suami ni pulak makin rindu....rindu kenapa????
rindu nak dengar leteran si isterinya tulah...betul kata orang kalau kita dah kebiasaan ader bersama kita ...bila hilang akan rasa kehilangan nya ( betul x?)

nak di pendekkan cerita... si suami pun buat keputusan nak tarik balik isterinya dari perigi tu...
Masa dah sampai dekat perigi itu,si suami pun jatuhkan tali nak ambil isteri...suami tu berharap hidup lagilah isterinya tu...
Si suami merasakan ade sesuatu sedang berpaut pada tali tu...keluh suaminya alhamdulillah mujur isterinya hidup lagi...
tarik ,.......tarik....tarik....tiba tiba muncul satu tangan...
tangan berbulu...
suami ni fikirla..."x kanla isteri aku ni tinggal sekejap dah macam orang tertinggal setahun...berbulu macam monyet punya tangan ni..."
bila dah ditarik keseluruhannya...HAH!!!terperanjat suami itu,napa?
org lain bkn isterinya manalah tak terperanjat...
si suami tu bertanya..."eh nape ko yang muncul ...?bukan isteri aku yang muncul..."
dia pun menjawab ..."aku ni penunggu perigi buta ni...,aku keluar dari sini pon sbb ko la...,"
"kenapa pulak sbb aku" nafi si suami itu..
"yelah aku tak tahan dengan isteri kau...asyik bebel je kat bawah tu...sampai aku pun nak berang...sape suruh ko buang dalam tu...kacau je tempat aku..."
"o0o0o...."

hah...kepada insan insan yang bergelar wanita @ perempuan @ puteri...jangan banyak membebel...
bebel itu boleh untuk menasihati ttp untuk perkarsa yang remeh ...tidak perlu...semoga menjadi iktibar dan hiburan kepada semua...

p/s:  segala kekurangan itu, atau terdapat tokok tambah harap minta maaf...

iman....nanti kita jumpa yer kat MALAYSIA....

nizam ...kakak syitah nak tengok zam cakap...

huhuhu...tak sabar rasenya nak ke sana....


wasalam....

.....TERIMA KASIH TUHAN .....

Kembara .........
Jika diturutkan hati, esok akan akan jadi belum pasti. 
Semalam yang pergi bukan untuk ditangisi.
Aku tidak boleh memupuk hati mendengar suara sepi,kerana aku belum mati.Darah merahku masih mengalir di lorong arteriku. Jantungku masih berdegup berkali - kali.
Oleh itu , aku akan beralih daripada memori realiti. Aku mahu tinggalkan saki - baki kesedihan dan tidur dengan mandiri.

JIWA SEORANG MUSLIM SEJATI....

video
jejakmu pasti ku langkahki...

Menurut pandangan Hasan Al- Basri r.a ,jiwa seorang insan Muslim yang sejati memiliki ciri seperti berikut:
  • Tidak menghiraukan ancaman dan kecaman..
  • Tidak menghiraukan kutukan dan umpatan.
  • Tidak menghiraukan keseronokan dan permainan.
  • Tidak mengejarkan apa yang bukan haknya.
  • Tidak gembira melihat kesusahan orang lain.
Apabila kita hidup berlandaskan nafsu,maka mati pun akan dilanyak dek nafsu
 tetapi 
Apabila kita hidup berlandaskan keimanan kepada Allah,maka insan soleh itu memahami tentang matlamat hidupnyadi dunia ini.
seperti mereka yang di satukan hatinya untuk mengejar cinta illahi...

Oleh itu saya mengajak hati hati ini untuk terus melakukan anjakan paradigma ,tingkatkan momentum sebelum segalanya terlambat..
Selamat berhijrah ke negeri mardhotillah...!!!!.

Ingatlah Firman Allah : " Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan Langit dan Bumi dan segalanya yang diciptakan oleh Allah , dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka ? Lalu berita mana lagi setelah ini yang mereka percayakan?
~al a'raf : 185~

 
 
Terdapat ralat dalam alat ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...