Khamis, 25 Ogos 2011

4 hadith sudah memadai..

Bismillahirohmanirrohim...


Abu Dawud mempunyai pandangan dan falsafah sendiri dalam cara berpakaian. Salah satu daripadanya ialah 
lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Seseorang yang melihatnya bertanya tentang perlakuannya ini, ia menjawab:“Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. Jadi,  kalau dibuat lebar, hanyalah berlebih-lebihan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi keberagaman setiap orang. Hadith tersebut adalah, yang bermaksud:

Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperolehi apa yang ia niatkan Kerana itu barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu.”
Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.”

Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya.”
Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat penggembala yang menggembalakan ternakannya ditempat terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baiklah semua tubuh dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ingatlah, ia itu hati.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang kata, sahabat masa ketawa mudah dicari, 

sahabat masa menangis sukar ada.Em, saya tak pandang besar bahagian 

ketawa menangis ni. Pada saya, bahagian yang saya pandang adalah 

bahagian: Sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada.Itu 

mungkin sesuatu yang besar perlu untuk diperhatikan bukan?(betul tak)

salam terbaik ummat


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...