Jumaat, 18 Februari 2011

::.WAJAH - WAJAH yang masih TIADA DOSA.::

       Assalamualaikum semua..semoga berada dalam lindungan Allah hendaknya...
Melihat dunia sekarang..pelbagai bahana dan dugaan yang akan manusia lalui..walau bagaimanapun, bagaimana dengan didikan ibubapa kepada anak - anak mereka untuk menghalang mereka daripada terdedah dengan masalah dunia sekarang...apa mereka tidak melayani anak mereka dengan sewajarnya..??
Mustahil seorang ibu tidak sayang akan anaknya..,
mustahil juga seorang ibu tidak memikirkan yang terbaik buat anakmya...



tetapi.., sejujurnya...dengan corak bagaimana ibubapa itu hiasi mereka??

adakah hanya dengan kasih sayang sahaja sudah mencukupi...??

tidak!!! kerna mendidik anak ini perlukan beberapa watak..
firstly..melalui kasih sayang ibu dan bapa
-berikan perhatian kepada mereka..
-menasihati mereka dengan lembut/ tegas pada waktu 2 yang tertentu..

(sayang~tegas)
eleman terpenting.....

dan perbanyakkan lah berdoa untuk wajah wajah yang baru mangenal dunia...


Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Tetapi di samping itu jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini saya nak letak petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
  1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
  2. Ayat kursi (1 kali)
  3. Surah al-Insyirah (1 kali)
  4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini saya letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.

surah toha : ayat 1-7 bermaksud...
  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  • Taa Haa.

  • Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

  • Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

  • (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

  • Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

  • Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

  • Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.








  • "Ya allah jadikan lah mereka salah seorang yang mengharapkan redha mu..dan lindungilah mereka dengan lindunganMU"



    AKHIR KALAM

    moga kita menjadi anak yang taat kepda ibubapa dan menggunakan ilmu didikan yang dicurahkan kepada kita digunakan dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka ameen

    Walahu'alam..





    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...