Jumaat, 11 Februari 2011

MENJADI MANUSIA YANG CEKAL DENGAN DUGAAN

Bismillahirohmanirrohim…

Assalamualaikum wbt, semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat.., dan masih terus berusaha  melakukan amal kebajikan demi meraih cinta dariNYA..ameen,….

Napoleon Hill menulis :
“ kepastian matlamat adalah titik awal semua pencapaian……Oleh itu ketiadaan matlamat , 98 % orang gagal dalam hidup mereka . Ini kerana mereka tidak pernah benar- benar memastikan dahulu matlamat mereka dan mulai bergerak ke arahnya . Jika kita fikirkan mengenai mereka yang memperolehi kejayaan yang berkekalan , kita akan dapati mereka mempunyai matlamat utama yang jelas . Mereka mempunyai rancangan masing – masing bagi mencapai sasaran tersebut,,.”

Kepada pembaca semua…..,bersolatlah dengan khusyuk…,kerana ia akan membentuk manusia yang cekal dengan dugaan yang di hadapinya…

Allah menyatakan dari surah al-baqarah :
“mintalah pertolongan kepada allah melalui sikap sabar dan solat. Solat itu memang berat kecuali bagi orang yang khusyuk.’

Dan dalam surah yang sama , ayat 153 , Allah berkata :
“Hai orang – orang yang beriman, mintalah pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar”

Di rekodkan oleh Ahmad , Abu Daud dan Huzaifah, :
“Apabila Rasulullah menghadapi suatu kesulitan, baginda segera mengerjakan solat”

Dan banyakkanlah berdoa kepada nya…..

banyakkan lah bermunajat padanya..


Bagi mereka yang cekal mengadapi ujian Allah ini..,ada dua perkara penting yang perlu dimiliki seseorang muslim..,iaitu…:

Pertama : Membina kekuatan rohani melalui solat..


Ketika kita melakukan solat , kita sedang berhadapan dengan Allah.,Kita akan memulakan solat dengan membesarkan Allah, memuji Allah, berdialaong bersama Allah..,serta meminta pertolongan dengan Allah…Jadi dengan itu..kita telah membina

“ satu keyakinan yang sangat kuat dalam hati seorang hamba : Allah adalah segalanya..”

Dengan keyakinan seperti itu , Muslim bergantung kepada Allah dalam apa keadaan sekalipun..,
Jadi kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan . Kehendak dan perbuatan Allah  tentunya baik.

Allah menyatakan dalam surah al- baqarah , ayat 216 yang bermaksud:
“boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia baik bagimu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Janganlah kita hanya ingin mengerjakan solat itu, hanya sebagai rukun …dan hanya ingin cepat melaksanakannya…semoga kita tidak sepertinya..ameen..



Kedua: memiliki pengetahuan mengenai rahsia ujian..


Apabila kita di timpa kesulitan ataupun kemalangan ,ramai diantara kita akan menjadi sedih.. Ini berlaku kerana keyakinan kita kepada Allah lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai rahsia ujian itu…,kita menyangka ujian itu buruk. Ujian itu kesusahan yang merugikan .
 Ya, jika begitu sedikit pengetahuan dan kesedaran kita mengenai kebaikan dan keuntungan di sebalik ujian..

Manusia cekal menghadapi ujian adalah kombinasi keyakinan yang kukuh kepada Allah dan pengetahuannya tentang rahsia ujian . Semakin tinggi pengetahuan seseorang itu tentang rahsia di sebalik sesuatu ujian itu, semakin  berjayalah dia untuk menjadi orang yang tenang, bijak  dan cekal menghadapi ujian hidup.




KERANA UJIAN HIDUP ADALAH RESAM KEHIDUPAN..SERTA ALLAH INGIN MELIHAT TAHAP KEBERGANTUNGANNYA KEPADA ALLAH..

Segala yang kurang itu datangnya dari ana.., manakala segala yang baik itu datang dari allah untuk di sampaikan kepada semua…ana minta maaf kalau ada salah dan silap dan mohon doakan ana untuk semangat mengubati diri sendiri..



2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...