Jumaat, 16 Mac 2012

Surat ? Cinta yang tidak masuk akal..

Assalamualaikum w.b.t...
Sejambak kasih dan sayang saya mohon maaf  pada "sayapiqalbu with iman"
bukan mengabaikan, tapi mendahului yang penting , Insyaallah.

selawat dan salam kita hadiahkan kepada rasul Anbiya' dan sahabat serta keluarnya, Semoga Allah memberkati kita , Amin...

Alhamdulillah, selamat berakhir bahtera "alam study tk semesta 2" ada lagi,,, dan ucapan riang "selamat datang holiday"
kembali mengembirakan ibu dan ayah menjadi peneman mereka di sisi saya..

Rindu pula pada sahabat seperjuangan ~
 InsyaAllah, saya ingin berkongsi satu kebenaran, mengajak pengunjung berfikir sejenak, apa ibrah yang boleh kita jadikan sempadan dalam melayari kehidupan yang semestinya perlu dihiasi dengan keindahan kerana semuanya pinjaman dari Illahi..

kita telusuri sebentar,


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.



Beberapa tahun berlalu…


Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…





Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!


Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?




Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.


Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Ya!!! benar semua berpunca dari diri kita.. mahu mengambil pengajaran atau membiarkan kehidupan tanpa arah tujuan..

Demi masa ~ Sesungguhnya manusia itu berda dalam kerugian .. kecuali :
  • Orang - orang yang beriman,
  • dan beramal soleh,
  • dan yang berpesan pesan  kpd kebenaran
  • dan berpesan pesan dengan kesabaran..
~surah al-asr.


 Syukran , moga sampai ke hati , :) 


Ahad, 4 Disember 2011

Adakah Iman kita Setebal Tembok?

Assalamualaikum,
salam persahabatan dunia dan akhirat,,
moga allah sentiasa merahmati dan melebarkan sayapnya keatas hambaNYA dengan lebaran kasih sayang, Amin..


            “ Cinta tidak buta, tetapi bila cinta tidak lihat dari kaca mata Allah, syaitan yang akan butakan mata kita



(syaitan boleh membutakan mata dengan kekhayalan sahaja)


"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." 
(Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
 Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit.
 Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa. 
Sebagai contoh :
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, 'alangkah bahagianya orang itu'.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, 'alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju'.

kalau dah menyesal tidak kesudah kita mengeluh,, lebih baik mencegah dari dirawat.
******

Oleh itu, saya mengajak kepada semua terutama diri saya yang lebih Allah tahu selalu membuat kesilapan,

kita mengingati kembali 'frasa' IBN QAYYIM :

'Dalam hati manusia terdapat KEKUATAN,
Tidak terurii kecuali menerima kehendak ALLAH.
Dalam hati manusia terdapat KEGANASAN,
Tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH.
Dalam hati terdapat  KESEDIHAN,
Tidak hilang kecuali seronok mengenali ALLAH,
Dan baik muamalah dengan-NYA.
Dalam hati terdapat KEGELISAHAN,
Tidak tenang damai kecuali bertemu jumpa dengan-NYA,
dan berlari ke arahNYA.
Dalam hati terdapat API PENYESALAN,
Tidak padam kecuali redha dengan suruhan-NYA,
Larangan-NYA dan Qadha'-NYA.
Dalam hati terdapay HAJAT,
Tidak terbendung kecualai dengan kecintaan kepada-NYA,memohon kepada-NYA,kesenantiasaan berzikir pada-NYA dan keikhlasan sebenar kepada-NYA.
Andai dunia dan seisinya diberi,
Tidak akan dapat membendung hajat hati insan ini...
Wallahu'Alam.
'semoga mendapat kasih sayang dan Rahmat Illahi'



Sabtu, 15 Oktober 2011

minat? satu keperluan jua



salam alaik buat kunjungan secara tiba.., atau merancang..,moga allah merahmatimu..,
meminati jua satu keperluan..oh!
kalau tidak minat sesuatu , memang bukan lumrah dia hidup sebagai seorang manusia..,mungkin akan lebih menjadikan dia seorang yang kurang prihatin terhadap sesuatu perkara..maybe ini satu hypotesis.., tapi cubalah sekat minat yang ada pada diri..oh! pasti tidak lengkap untuk teruskan kehidupan seharian seperti hari hari lain .



urm.., bila bercakap tentang minat.., macam macam boleh dikategorikan..., macam saya.., saya amat meminati keunikan kereta..,entah! saya pon x tahu kenapa.., bila nampak unik cikit kereta , cepat cepat saya berpaling menghadapnya.., walau dalam hati tidak ingin memilikinya..,dunia semata-mata..
lagi lagi gambar rekaan ...hhihi.x pe kita berkongsi sekejap..


Allah tidak melarang hambanya mengasihi atau menyukai sesuatu itu , tapi apabila ia melalaikan.., hindari la ianya..,

minat berkembang dan bercambang hasil dari interaksi  dirinya dengan persekitaran,jadi dalam konteks minati bidang apa???
maka, memaksa kerjaya atau cita tertantu bukanlah satu pendekatan yang mudah dan luas...,tetapi bagi diri saya..,tepuk pada diri, ckp padanya "kamu bebas nak memilih apa, dan sesuai dengan keadaanmu"
jangan risau.., Allah sentiasa menolong hambanya dalam melakukan suatu keputusan...

maaf kerana lama tidak mengelap habuk..,



Terdapat ralat dalam alat ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...