Ahad, 10 April 2011

Bersegeralah dalam menunaikan wasiat...


assalamualaikum semua.. semoga sihat walafiat...,
 Selama-lama  roh berada dalam urusan Tuhan,dan selama ia akan keluar dengan kekuasaan Allah s.w.t,dan kita tidak ada kuasa atasnya sejak penciptaan roh itu sehingga kepada kesudahannya,maka wajiblah kita menuliskan wasiat kita itu dan menjeskannya kepada orang yang akan kita tinggalkan itu.Ini supaya kita tidak meninggalkan mereka dalam keadaan kacau-bilau selepas kematian kita.Kita perlu mewasiatkan perkara-perkara yang akan menjadi bahagian dan tanggungjawab mereka.

 Terkadang ahli waris yang ditinggalkan itu tidak tahu hukum-hukum yang berkenaan dengan warisan.Mereka tidak teliti tentang hukum-hukum si mayat. Mereka membahagi-bahagiakan harta peninggalan si mayat padahal di sebalik itu ada lagi cabaran yang cukup berat bagi si mati.

 Roh orang yang mati itu terhalang masuk syurga kalau hutang-hutangnya belum dibayar.Menurut keterangan sebuah hadis,daripada Muhammad bin Abdullah bin Jahsy r.a ,beliau berkata : Rasulullah s.a.w duduk manakala jenazah sudah diletakkan.Baginda s.a.w memandang ke langit,lalu memejamkan matanya. Kemudian Baginda s.a.w meletakkan tangannya di dahi beliau sambil membacakan: "Subhanallah,Allah s.w.t menurunkan al-Tasydid."

 Kemudian perawi melanjutkan ceritanya lagi: Kami pun terdiam kerana sudah memahaminya. Pada keesokan harinya saya bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkan dengan al-Tasydid yang diturunkan itu.Baginda s.a.w menjawab : Maksudnya ialah hutang. Demi Allah s.w.t diri Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya , seandainya ada yang mati syahid kemudian dihidupkan semula,selepas itu mati syahid lagi dari hidup semula,selepas itu mati untuk selama-lamanya orang yang seperti ini tidak akan masuk syurga selama hutang-hutangnya belum dijelaskan(dilunasi)
 
 Tetapi kalau seseorang mukmin sudah melaksanakan hukum Allah s.w.t pada lurus itu,wasiatnya itu ditulis serta disampaikan kepada ahli warisnya,maka tanggungjawab dan dosanya sudah beralih kepada mereka.

  Allah s.w.t berfirman : 
فَمَنۢ بَدَّلَهُ ۥ بَعۡدَمَا سَمِعَهُ ۥ فَإِنَّمَآ إِثۡمُهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ

Terjemahannya: "Maka sesiapa yang mengubah wasiat itu,setelah ia mendengarnya,maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang yang mengubahnya.[Surah al-Baqarah:181]

Mereka berdosa kerana mensia-siakan hak Allah s.w.t dan hak hamba,terutama hak orang tua atau kerabat-kerabat yang sudah percaya kepada orang yang menerima wasiat itu. Sebagaimana si mayat tidak mensia-siakan wasiatnya begitu pula kiranya si penerima wasiat,mesti melaksanakan amanah yang di pegangnya.

 Namun demikian agama islam memberikan hak kepada penerima wasiat untuk mengubahnya seandainya pesan yang diwasiatkan itu menyimpang dari ajaran syarak.Misalnya: penerima wasiat yakin akan terjadi hal-hal yang tidak baik apabila wasiat itu dilaksanakan.

Firman Allah s.w.t:
فَمَنۡ خَافَ مِن مُّوصٍ۬ جَنَفًا أَوۡ إِثۡمً۬ا فَأَصۡلَحَ بَيۡنَہُمۡ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Terjemahan: "(Akan tetapi) sesiapa yang khuatir terhadap orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa,lalu ia mendamaikan antara mereka,maka tidaklah ada dosa baginya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [surah al-Baqarah:182]

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"[Hadis riwayat Ibnu Majah,Daruqutni dan yang lainnya]

Menurut akal memang tidak logik kala si mayat itu pergi menuju akhirat dengan membawa dosa orang lain,sementara orang lain pula menikmati harta peninggalannya.Beerti si mayat hanya menanggung risikonya.

 Oleh itu,dapat kita simpulkan bahawa wasiat itu tidak boleh menyalahi syarak sekalipun menguntungkan kepada orang lain.Wasiat yang bagus ialah yang dapat menyelamatkan anda.

 Orang islam tidak boleh menangguh-nangguhkan wasiatnya sampai saat ghargharah(sakaratulmaut).Kerana saat seperti ini sepertiga hartanya sudah dianggap harta peninggalan(warisan),walaupun dia masih hidup.Dan juga tidak boleh menuliskan wasiat ketika marah atau ketika fikiran tidak tenang.



semoga allah bersama sama mereka yang memperjuangkan agamanya...ameen...

wallahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...