Sabtu, 16 April 2011

bermimpi menyusukan bayi??

"Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi."



petikan ini saya ambil dari satu laman blog ...dan saya ingin mengajar sekalian ummat manusia menyedari akan tafsiran mimpi mengenai kanak kanak mendatangi kita di dalam mimpi atau kita menyusukan kanak kanak itu.....ini adalah sesuatu perkara yang harus diambil ketahui...

melalui tazkirah yang saya perolehi pada pagi ini melalui slot tanyalah ustaz sesi bersama dengannya :
ustaz sharhan shapie...
seorang pengamal perubatan islam...

dengan tajuknya ILMU SIHIR/ILMU HITAM...

dia menceritakan mengenal jenis sihir dan cara mengenal sihir itu...

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil

  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

harus kita meneliti melalui ilmu al-quran....bukan dari sembarang ilmu...



SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

ada lagi selebihnya 7 jenis sihir...,
untuk lebih mengetahui lagi lawati :lanjutan mengenai sihir/pukau..

perbanyakkan membina pelindung diri..tetapi bukan melalui saka / jin ....hiasilah diri dengan alunan ayat suci al-quran...
kerana ape???

kerana masyarakat sekarang suka mengatakan sihir itu karut...dan apabila ia menyebut sebegitu..ia menempah neraka kerana dalam kitab al-quran allah menyebut sebanyak 60 kali mengenai sihir dan 82 kali allah menyebut jin...sihir dan jin bagi aur dengan tebing..mereka tidak dapat dipisahkan....

tanda haiwan itu adalah haiwan atau jin adalah :

1.jika ia ular...

.lihatla pada matanya ,apabila dia berkelip ..hah itu adalah jin,tp sekiranya dia tidak berkelip ,maka itulah makhluk allah bergelar ular....

.lihat pada tubuhnya...apabila ia jin sisik ular itu akan terbalik

.dan ia berwarna hitam maka , kamu halau la dia dengan kalimah yang pernah dilakukan iaitu dengan memperinagati jin itu dengan perjanjian yang pernah dibuat diantara jin dan nabi sulaiman a.s,

2.jika ia kucing...

.berwarna hitam...

.lihat pada matanya jika ia tidak berkelip..itu adalah jin..,jadi anda telah membela seekor jin maka halau lah ia dengan cara yang terbaik iatu dengan cara di atas atau mengazankan ...

semoga kita sentiasa mengharapkan yang terbaik oleh allah...,
kerana allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....

walahu'alam...



30 ulasan:

  1. good info..
    thanks sharing kakak :)

    BalasPadam
  2. gud info

    Salam Ziarah
    meyh join Giveaway
    "Moment To Be Remember Giveaway"

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..sy nak tanya sikit.sy pernah bermimpi sedang menyusukan seorang bayi dan sy dapat rasa bayi sedang menyusu.sy memang sangat sayng kepadanya walaupun wajah bayi tersebut xcantik dan x sedap dipandang..benarkah itu sihir?

    BalasPadam
  4. kepada Wirda_qalyna,
    wsalam...
    depend pada seseorang,, kadang kala ianya hanyalah mainan tido,,
    tapi kadang kala, mimpi itu menunjukkan kita tentang perubahan yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar,,
    dan mungkin jugak,terdapat perkara yang orang sekeliling dapat menganggak kamu mempunyai perangai yang pelik dari sebelumnya,,,
    cuma saya nasihatkan... selalu berpegang pada pertolongan Allah dan banyak membaca al-mathurat demi keharmonian kehidupan
    kerana Allah tahu apa yang hambanya mampu, I.allah,

    BalasPadam
  5. siti..smlm sy bermimpi menyusukan bayi.. dan saya ada baca entry anda mengenai bermimpi menyusukan bayi..boleh dptkan saya info yg jelas tak pasal ni?? - ely

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, Ely.. maafkan saya, sebab tidak terangkan lebih lanjut mengenai apa sebenarnya tafsiran kepada mimpi menyusukan bayi.., sebab saya tidak berapa pasti apa tafsirannya, cuma menurut sebilangan para ustaz yang arif.. kemungkinan mempunyai 2 tafsiran,
      yang 1) kehadiran sesuatu yang menggembirakan .. ataupun 2) ada makhluk Allah yang cuba untuk mendekati kita..
      walau apapun, seperti yang kita sedia maklum.. depend pada seseorang,, kadang kala ianya hanyalah mainan tido,,
      saya hanya mampu berkata dengan ilmu yang sedikit sahaja.. Insyaallah mungkin laman ini boleh menjawab persoalan ely >http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/sihir.php
      Maafkan saya sekali lagi.

      Padam
  6. assalamualaikum....
    saya seringkali bermimpi mendapat bayi....ia terjadi dua-3 bulan sekali....baru2 ini bermimpi menyusukan bayi pula...pd anggapan saya bayi itu adalah bayi lelaki...berbalut dlm kain putihg sambil disaksikan suami dan anak2....apakah maksudnya? adakah mainan tidur semata....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..
      kepada yang bertanya,, seperti yang saya post kan pada entry ini,, kebanyakannya ,, yang pernah seorang ustaz itu merawat pesakit yang mempunyai saka, hampir 8/10 , mengalami mimpi menyusukan bayi..
      dan (saya tidak arif mengenai ilmu) ini..
      Maafkan saya...
      dan kemungkinan mimpi itu memberitahu faktor sekeliling kita waktu sekarang.. sama ada sedar atau tidak sedar, apa yang berubahnya..dan saya galakkan , jangan kita jauh dari Allah..perbanyakkan baca al-quran..banyak mohon pertolongan .. kita positifkan mimpi itu.. mungkin mainan tidur semata...cuma disarankan banyakkan istigfar dan bacalah lailahaillah..
      * saya tidak berilmu mengenai mimpi menyusukan bayi ini, tapi saya harap... anda tanya yang lebih arif..
      terima kasih.

      Padam
  7. saya mimpi cuim bayi yg sedang nangis, lepas kena cium dia diam.. ape ye maknanya..?

    BalasPadam
  8. salam..beberapa bulan lepas sy bermimpi sy melihat salib dan gereja...adakah berlaku gangguan pada sy?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Saya bermimpi melahirkan anak ddlm tandas padahal saya tak mengandung pun dlm mimpi tu. Dlm mimpi sy ni daya mcm separuh sedar/kurang days ingatan pasal sy tak sedar pun sy telah meninggalkan bayi (lelaki) tu dlm tong sampah. Lepas tu ada seorang lelaki menghantarkan bayi tu dan mnyuruh sy menyusukan dia tanpa berkata apa sy pun mnyusukan dia.

    Dah 2 minggu sy asyik memikirkan maksud mimpi ni. Tolong la jelaskan pada sy. Sy memang agak terganggu/ resah memikirkan

    Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, insyaallah kepada nurul ain, moga Allah sentiasa melindungi dan menjagamu, hendaknya..
      Saya mohon maaf, kerana saya bukan lah pentafsir mimpi, apa yang telah saya post kan adalah share semata- mata, saya juga masih mencari ilmu, maafkan saya sekali lagi, mmg x boleh nak jelaskan, tiada kepakaran, I.allah, saya syorkan kan, ain cari ustaz/guru agama yang arif mengenai ini, cuma kdang kala, mimpi ini satu permainan, ada kalanya jugak, satu petanda, kita cuba untuk menerima baik atau buruknya, jgn terlalu asyik reasah gelisah memikirkannya, utamakan yang lebih utama,,.. May Allah ease~ perbanyakkan doa pada ALLAh, saya support ain dari belakang I.ALLAH..

      Padam
  10. assalamualaikum..
    saya bermimpi menyusukan bayi.. apakah benar ap yang saya baca?

    BalasPadam
  11. assalamualaikum,saya ingin bertanya tntang mimipi menyusukan bayi..pd bulan mei lalu,saya ad bermimipi menyusukan bayi....n malam tadi saya telah bermimpi menyusukan bayi sampai dua orang budak kecil secara serentak..saya betul2 inginkan penjelasan ?

    BalasPadam
  12. thanks ea info awk.. =)

    BalasPadam
  13. salam..saya dah dua hari berturut2 mimpi membawa bayi.. means, jaga bayi..seolah2 bayi tu saya punya,., takut la.. how? boleh bagi saya penerangan? -semoga yang baik2 je-

    BalasPadam
  14. Salaam. Tumpang bertanya, bagaimana cara untuk mengatasi dari berlaku nya kemungkinan kesan dari mimpi itu? Contohnya tadi, mimpi menyusukan bayi bermakna saka. Dan tanda-tanda gangguan itu ada. Tapi belum tentu dan tak semestinya ianya benar. Bagaimana kita mahu dapatkan kesahihan perkara itu? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  15. Mimpi salib or gereja pn ganguan..?? racist agama pnya Monyettt.. Bgini la Org yg tinggal d bwh tmpurung.. harap kmu xjadi ISIS N INSAFLAH

    BalasPadam
  16. assalammualaikum.. sy bermimpi menyusukan bayi, bayi tu sy sayang sangat2.. tp yg hairannya puting susu sy tu tertanggal.. lebih jelas lg, ia putus dihisap bayi tersebut..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum ... beberapa malam yang lepas saya pernah bermimpi susukan bayi tapi dalam mimpi tersebut saya tidak mempunyai susu tapi bayi tersebut menghisap seperti ada susu dan lena terus . Boleh terangkan kepada saya maksud mimpi saya ini ? Terima kasih .

    BalasPadam
  18. saya pun kerap mimpi bayi gak... tapi smlm mimpi bayi menyusu bla kanan dan lepas tu saya angkat utk bg dia berdiri tiba-tiba berak plak.. cirit... saya sempat siram ngan air untuk bersihkan.. aduhai mimpi mcm2 arrr.... tuan/puan yang dok komen bahagian atas tu.. lepas dah mimpi ada perkara aneh berlaku tak? sj nak tahu

    BalasPadam
  19. Saya mimpi smlm budak minta disusukan tapi saya xbagi..tahu x mksud

    BalasPadam
  20. Saya dah dua kali mnyusukan bayi, pada bulan 12 tahun 2016, dan hari ni 21/3/2017.. Saya sayang sangat dgn bayi tu, saya tak boleh dngar bayi tu mnangis, bila mnangis mesti nak mnyusukn.. Dan bayi tu sgt sukakan saya, bila org lain pegang dia mnangis, bila dgn saya di snyap sbb saya mnyusukan dia.. Mnangis dalam tidur smpai keluar air mata pun prnah.. Apa maksud dia??

    BalasPadam
  21. assalamualaikum , saya ingin bertanya . sepupu saya pernah bermimpi anak kandung nya lelaki mntak disusukan . adakah itu sebahagian daritanda2 disihir atau sebaliknyaa ? anak nya baru dlm lingkungan 5tahun

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum siti. Saya dapat mimpi malam tadi, saya menyusukan bayi. Pastu ada makcik ambil bayi tu, dibalutnya & dimandikan dgn air longkang bersih. Dalam 2 minggu terakhir ni, saya kerap terjaga tengah malam banyak kali. Bila terjaga rasa nak menangis, menjerit, marah. Nak tido balik pun susah, bila saya buang semua bantal baru boleh lena semula. Fyi, sebelum tu saya ada pergi berurut satu badan & esok nya ada kesan lebam pada tangan.

    BalasPadam
  23. assalamualaikum. sy azah, semalam sy bermimpi sy sedang menyusukan bayi dan bayi tersebut tak malu melepaskan atau berenggang dgn sy. selepas sy bngun drpd tdur, sy dapat rasakan badan sy lenguh dan panas seperti ingin demam. yg paling penting sekarang sy tengah demam dan ia sangat ketara. Allahu minta ulasan nya dan semoga sy tidak mengalami sbrg gangguan lagi. Amin

    BalasPadam
  24. Saya nak share mimpi yang selalu menganggu tido saya..saya pernah bermimpi dukung dukung baby girl selepas mimpi tu kitaran haid saya stop selama 7 bulan .selepas masuk ke 8 bulan saya mula rasa sakit seperti melahirkan ank.lepas 2,3 hari saya datang haid..dan saya saya emmm syukur akhirnya datang juga haid saya..lepas haid saya berhenti setiap malam sehingga pagi saya tidak dapat tido..bermacam macam mimpi yang seram saya mimpi.sehingga saya terbangun dari tido..mimpi bg baby susu tetapi ada brp orang lelaki dalam mimpi saya yg cuba ambil baby tu dari saya,sedang kan baby tu menyusuh badan dari saya,lelaki tu ambil baby tu.last 26/ 12/2018 saya mimpi lagi bagi baby menyusuhkan badan saya..tapi kali ni lepas mimpi tu sekarang ni saya sakit pinggang dan perut d bawa pusat..macam nak bersalin...yang pasti saya tdk mampu dengar orang beri saya( Doa )..saya menjadi takut seakan nafas saya ada dua...
    Harap ada yang baca dan cuba berikan petunjuk.terima kasih

    BalasPadam
  25. assalamualaikum..semalam 1hb/11/2019 waktu malam saya bermimpi seorang ibu kepada bayi tidak mahu memberikan susu badan nye,dan saya merasa simpati lalu memberi susu badan saya(sedangkan realitinya saya tidak mempunyai susu bdn)lalu bayi tersebut menyusi seolah begitu haus skali,dlm mimpi tu saya menyusukan di belah kiri.apakah maksud mimpi saya itu mohon berikan penjelasan..dan untuk pengetahuan tuan,dah 3 bulan saya dtg period tampa berhenti,dan selama itu lah saya tidak boleh solat,badan saya kerap rasa sakit²..tertekan dengan mslh yg saya hadapi skrg ni..
    mohon penjelasan... terima kasih

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...