Isnin, 28 Mac 2011

KEKUATAN IHSAN,INSAN

ASSALAMUALAIKUM...
semoga semua sentiasa berada dalam lindungan allah hendaknya...
selama seminggu saya berada di utara dan selama itulah blog ini tidak berceloteh...
insyaallah semoga kita sentiasa mendapat ibrah@pengajaran dari kejadiaan yang lalu...terutamanyapada diri saya sendirila...

tahu x pasal "ihsan"

bukan nama ...tapi maksud yang tersirat dalam perkataan ihsan itu sendiri...iaitu..belas kasihan atau lebih mesra kasih sayang...

bercerita mengenai kasih sayang nie...cukup x terhingga..lagi lagi kasih sayang yang allah berikan kepada hambanya...
meh kita telusuri maksudnya..





IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup. Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia. 

Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati.
 

Manusia akan terus berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni.


Keluarga adalah unit kecil masyarakat yang menjadi tunggak kepada terbentuknya negara. Ia adalah unit asas yang boleh menjadi faktor penyumbang kepada kekuatan negara atau sebaliknya. 

Dalam konteks Islam asas pembinaan keluarga yang baik terletak kepada kekuatan keihsanan dan keinsanan yang dimiliki. Kualiti keihsanan yang dimiliki oleh seorang ayah dan ibu banyak menentukan proses pembentukan watak anak-anak.
 

Rasulullah menghubungkan pentingnya pengaruh ibu bapa (faktor sekitar) membentuk anak-anak supaya terus berada dalam keadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain putih. Rasulullah juga menyebut antara faktor yang menghubungkan yang sudah pergi dengan yang tinggal ialah kesolehan anak-anaknya. Terbentuknya anak-anak menjadi soleh atau toleh bergantung kepada kualiti keihsanan kedua-dua orang tuanya.
 

Ibu bapa yang soleh dan solehah adalah gambaran ketinggian ihsannya yang membolehkan suasana rumah tangga atau keluarga terbina dalam keadaan terbaik untuk membentuk anak-anak ke arah acuan terunggul.

Keihsanan bapa dan ibu kepada Allah adalah gambaran akidahnya yang mantap, takwa tinggi dan iman kental terhadap Allah. Jiwa kehambaannya (patuh dan taat) adalah teguh, di samping menginsafi peranan kekhalifahannya (sebagai ibu dan bapa) sentiasa subur pada dirinya.
 

Sifat kasih dan sayang Allah kepada hamba dan makhluk sentiasa terpancar dalam dirinya. Rahmah Allah menurunkan ilmu menerusi al-Quran sentiasa menjadikan ibu dan ayah menyandarkan kitab suci itu sebagai sumber petunjuk dan maklumat. Ihsan Allah memberikan kekuatan akal dan hati kepada ibu bapa digunakan supaya anak-anak menjadi pintar dan cerdik. Ihsan Allah memberikan ibu bapa harta dan sumber dijadikan asas untuk menggerakkan kehidupan keluarga secara yang Allah reda.

Bayangkan sekiranya ihsan daripada Allah dipancarkan semula dalam bentuk watak keibubapaan yang mulia, anak-anak pasti bertuah memiliki pendidik awal di rumah. Ini kerana contoh atau qudwah yang ada dalam persekitaran awal hidupnya adalah teladan serasi dan selari dengan fitrah dirinya. Inilah sebenarnya kekurangan dalam banyak keluarga Islam menyebabkan perkembangan naluri meneladani ibu bapa sebagai qudwah kosong.
 

Harus diinsafi bahawa umur anak-anak pada peringkat awal lahirnya hingga akil baligh adalah tempoh hidup yang amat kritikal bagi dirinya. Pada peringkat inilah proses membina asas sikap dan tingkah laku serta cara hidup yang asas aka

Sekiranya ibu bapa tidak memahami faktor pertumbuhan akal, jiwa dan emosi serta tingkah laku anak dengan pendekatan ilmu dan asuhan baik, ia boleh menyebabkan mereka kehilangan arah dalam memahami makna diri, persekitaran dan baik buruk sesuatu perkara. Akhirnya, akan menjadikan mereka remaja yang tidak tentu arah serta hilang pedoman dan petunjuk. 

Asas utama yang menjadi tunggak kekuatan keluarga ialah ilmu mengenai pendidikan dan keterampilan keibubapaan.



wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...