Isnin, 24 Januari 2011

.....TERIMA KASIH TUHAN .....

Kembara .........
Jika diturutkan hati, esok akan akan jadi belum pasti. 
Semalam yang pergi bukan untuk ditangisi.
Aku tidak boleh memupuk hati mendengar suara sepi,kerana aku belum mati.Darah merahku masih mengalir di lorong arteriku. Jantungku masih berdegup berkali - kali.
Oleh itu , aku akan beralih daripada memori realiti. Aku mahu tinggalkan saki - baki kesedihan dan tidur dengan mandiri.
Aku ingin pecahkan kekangan emosi dan mentaliti sendiri yang mentah .
Dahulu aku tidur tanpa santak berfikir soal esok.
Dahulu, aku berbelanja tanpa fikir soal susah payah ibu bapa mencari harta.
Dahulu, aku juga bebal, tidak mengerti nasihat dan teguran orang tua.
Tapi, selepas aku ke sini.....kesusahan mengajar aku erti hidup yang tidak akan pernah sempurna.
Benar!!! kerana mahu berdikari,ingin mengurus hidup sendiri, barulah aku paham untuk memilih jalan berhijrah . Hijrah bisa menyedarkan aku dari terus buta dalam keseronokan.
Aku mahu sedar!!,Celik dan Bangun untuk mendapatkan sebuah kesedaran. ia tidak boleh digapai dengan tidur siang ataupun omongan kosong.Untuk sedar , aku memerlukan dua unsur.....
  • Aku perlukan akal.
Aku bukan binatang ,bukan juga sejenis bateri atau kuman .Aku manusia yang diajar untuk menggunakan akal. Bagaimanapun, seorang manusia bisa berfikir tanpa akal sendiri? Tuhan berikan ku mata , telinga dan pancaindera yang lain...dan aku perlu menghargainya....serta menggunakannya dengan sebaiknya.
"mind is the greatest gift"

  • Aku perlukan waktu.
Jika tuhan tidak menganugerahkan kepadaku waktu yang panjang , hidupku pasti akan menjadi pendek dan umurkupantas menyusut .Aku tidak pernah tahu tempoh waktu yang diberikan , kerana itu aku perlu menghargai setiap detik yang berlalu . Menerusi waktu itu aku akan lebih mendalami ilmu ...serta Memahaminya dengan kefahaman .
Waktu mengajar aku erti cinta,duka, kecewa, pasrah dan tawakkal.Waktu juga mengajarku erti sabar, tabah dan cekal. Waktulah yang memberikan ruang untuk aku mengenal tuhan dan Pencipta mayapada.Waktulah yang memberikan ku peluang untuk membesar menjadi manusia . Dan waktu juga di bawah kekuasaan Allah.


"Terima kasih Allah , kerana memberikan ku waktu untuk sesuatu"
teruskan beramal dengannya,,,

Dari hati seorang mujahadah ~
Andai dunia dan seisinya diberikan.,
Tidak akan dapat  membendung hajat hati insan ini....

-wallahu' Allam.-

Semoga mendapat kasih dan sayang dari Allah.


1 ulasan:

  1. hasil dari tazkirah kakak halaqah bimbingan tahun 2006...time f1..heheheh..rindunya...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...