Bismillahirohmanirrohim...
Abu Dawud mempunyai pandangan dan falsafah sendiri dalam cara
berpakaian. Salah satu daripadanya ialah
lengan bajunya lebar namun yang
satunya lebih kecil dan sempit. Seseorang yang melihatnya bertanya tentang perlakuannya ini, ia menjawab:“Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab,
sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. Jadi,
kalau dibuat lebar, hanyalah
berlebih-lebihan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang kata, sahabat masa ketawa mudah dicari,
Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi
pegangan bagi keberagaman setiap orang. Hadith tersebut adalah, yang bermaksud:
Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan
tiap-tiap orang memperolehi apa yang ia niatkan Kerana itu barang siapa berhijrah
kepada Allah dan Rasul-Nya,nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula.
Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan
yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah
kepadanya itu.”
Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan
apa yang tidak berguna baginya.”
Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati
sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya.”
Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun
telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang
tidak diketahui oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia
telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya dan barang siapa terjerumus ke
dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat
penggembala yang menggembalakan ternakannya ditempat terlarang. Ketahuilah,
sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya
larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam rumah ini
terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baiklah semua tubuh dan jika rosak
maka rosaklah seluruh tubuh. Ingatlah, ia itu hati.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sahabat masa menangis sukar ada.Em, saya tak pandang besar bahagian
ketawa menangis ni. Pada saya, bahagian yang saya pandang adalah
bahagian: Sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada.Itu
mungkin sesuatu yang besar perlu untuk diperhatikan bukan?(betul tak)
salam terbaik ummat