Isnin, 28 Mac 2011

KEKUATAN IHSAN,INSAN

ASSALAMUALAIKUM...
semoga semua sentiasa berada dalam lindungan allah hendaknya...
selama seminggu saya berada di utara dan selama itulah blog ini tidak berceloteh...
insyaallah semoga kita sentiasa mendapat ibrah@pengajaran dari kejadiaan yang lalu...terutamanyapada diri saya sendirila...

tahu x pasal "ihsan"

bukan nama ...tapi maksud yang tersirat dalam perkataan ihsan itu sendiri...iaitu..belas kasihan atau lebih mesra kasih sayang...

bercerita mengenai kasih sayang nie...cukup x terhingga..lagi lagi kasih sayang yang allah berikan kepada hambanya...
meh kita telusuri maksudnya..





IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup. Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia. 

Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati.
 

Manusia akan terus berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni.


Keluarga adalah unit kecil masyarakat yang menjadi tunggak kepada terbentuknya negara. Ia adalah unit asas yang boleh menjadi faktor penyumbang kepada kekuatan negara atau sebaliknya. 

Dalam konteks Islam asas pembinaan keluarga yang baik terletak kepada kekuatan keihsanan dan keinsanan yang dimiliki. Kualiti keihsanan yang dimiliki oleh seorang ayah dan ibu banyak menentukan proses pembentukan watak anak-anak.
 

Rasulullah menghubungkan pentingnya pengaruh ibu bapa (faktor sekitar) membentuk anak-anak supaya terus berada dalam keadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain putih. Rasulullah juga menyebut antara faktor yang menghubungkan yang sudah pergi dengan yang tinggal ialah kesolehan anak-anaknya. Terbentuknya anak-anak menjadi soleh atau toleh bergantung kepada kualiti keihsanan kedua-dua orang tuanya.
 

Ibu bapa yang soleh dan solehah adalah gambaran ketinggian ihsannya yang membolehkan suasana rumah tangga atau keluarga terbina dalam keadaan terbaik untuk membentuk anak-anak ke arah acuan terunggul.

Keihsanan bapa dan ibu kepada Allah adalah gambaran akidahnya yang mantap, takwa tinggi dan iman kental terhadap Allah. Jiwa kehambaannya (patuh dan taat) adalah teguh, di samping menginsafi peranan kekhalifahannya (sebagai ibu dan bapa) sentiasa subur pada dirinya.
 

Sifat kasih dan sayang Allah kepada hamba dan makhluk sentiasa terpancar dalam dirinya. Rahmah Allah menurunkan ilmu menerusi al-Quran sentiasa menjadikan ibu dan ayah menyandarkan kitab suci itu sebagai sumber petunjuk dan maklumat. Ihsan Allah memberikan kekuatan akal dan hati kepada ibu bapa digunakan supaya anak-anak menjadi pintar dan cerdik. Ihsan Allah memberikan ibu bapa harta dan sumber dijadikan asas untuk menggerakkan kehidupan keluarga secara yang Allah reda.

Bayangkan sekiranya ihsan daripada Allah dipancarkan semula dalam bentuk watak keibubapaan yang mulia, anak-anak pasti bertuah memiliki pendidik awal di rumah. Ini kerana contoh atau qudwah yang ada dalam persekitaran awal hidupnya adalah teladan serasi dan selari dengan fitrah dirinya. Inilah sebenarnya kekurangan dalam banyak keluarga Islam menyebabkan perkembangan naluri meneladani ibu bapa sebagai qudwah kosong.
 

Harus diinsafi bahawa umur anak-anak pada peringkat awal lahirnya hingga akil baligh adalah tempoh hidup yang amat kritikal bagi dirinya. Pada peringkat inilah proses membina asas sikap dan tingkah laku serta cara hidup yang asas aka

Sekiranya ibu bapa tidak memahami faktor pertumbuhan akal, jiwa dan emosi serta tingkah laku anak dengan pendekatan ilmu dan asuhan baik, ia boleh menyebabkan mereka kehilangan arah dalam memahami makna diri, persekitaran dan baik buruk sesuatu perkara. Akhirnya, akan menjadikan mereka remaja yang tidak tentu arah serta hilang pedoman dan petunjuk. 

Asas utama yang menjadi tunggak kekuatan keluarga ialah ilmu mengenai pendidikan dan keterampilan keibubapaan.



wallahu'alam...

Isnin, 21 Mac 2011

MENANTI SAMBIL MENGHIRUP UDARA TARBIYAH

Assalamualaikum w.b.t, semua semoga berada dalam lindungan allah hendaknya...

pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik.......terus tertutup..
huhuhu..dah pon sampai ke bln 3..itupon dah nak abis dah.....

tapi still menunggu result SPM...

23/3/2011
penentu masa hadapan kami semua yang bergelar lepasan spm 2010...moga allah memberikan yang terbaik ..INSYAALLAH..

hhhmmmmm...satu lagi saya pon tidak menjangka jasadi saya ini dah pon berada di lubuk tarbiyah saya dahulu...
tau tahu dah 3 hari 2 malam berada di bumi wakafan MATRI ni...
bukan bersemangat nak amik result..,bukan nak menyertai KIBAR...tapi ...rindukan suasana...

sambil meninjau ninjau suasana kat ma3...kakak kakak lepasan khassah ma3 (2009-2010)...,kebetulan depa ade wat tamrin...joinla sekali...
almaklumlah..otak tak pernah di paksa tuk fikirrr pasal usul isyrin..kang sorang sorang dah blurrrr..

tentatif dia x dela sepadat yang mungkin..tapi saya cuma dapat ikut dalm sehari jer...sebab hari selasa dah ader program terancang buat permata 16...

TENTATIF TAMRIN LANJUTAN LEPASAN MARHALAH KHASSAH ( 2009 – 2010 ) PUTERI


TARIKH & MASA

Awal Pagi
Dhuha
2.30 ptg
malam
Isnin 21 Mac
8 – 10 pg.
Taklimat & Kajian 1: Apakah latarbelakang terbentuknya Usul ‘Isyrin?
( C. Nasir )

Kajian 2: Kenal pasti jenis-jenis dan punca-punca keciciran tarbiah di kalangan pelajar di IPT berpandukan buku Fathi Yakan, Golongan Yang tercicir.


Selasa 22 Mac
9 pg.
Ar-Rasul Qudwatuna 
 ( C. Azmi)
11.30 Pembentangan Kajian 1 & 2
(C. Nasir )

8.00 malam
Muqaddimah Syurut
(               )

Rabu 23 Mac
9 pg.
Slot Us. Yazid
11.30 pg. Noktah Bidayah As-Sahihah
( C. Azmi)

Qadhiah Al-Islamiah

Khamis 24 Mac
8 pg.
Ma’ruf Akbar & Munkar Akbar
(                   )

11 pg.
Ghurbah Thaniah
( C. Azmi )



Jumaat 25 Mac
Qadhiah Al-Islamiah
11 pg. Amal Jama ‘i
( c. Shahid )






huhuhu.....adik adik ma3 pon still x lepas untuk wat program selamat pulang....

TAMRIN SELAMAT DATANG RABI’UL-AKHIR 1432H  /  MAC 2011

TEMA: “Sesungguhnya solah itu adalah satu kewajipan yang telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” ( An-Nisa’: 103 )


OBJEKTIF:

  1. Menyedarkan semua pelajar supaya solah diutamakan daripada sebarang aktiviti harian yang lain.
  2. Supaya semua pelajar membawa kesan solah kepada sikap dan amalan seperti menjaga waktu, kebersihan zahir dan batin dan kepatuhan kepada Allah dan peraturan sekolah.
  3. Pelajar bersedia untuk menunaikan solah berjemaah sebelum azan.


TENTATIF

Ahad 20 Mac

8.00 mlm         Tilawah Al- Quran
9.30 mlm         Ucapan Ahlan Wa Sahlan & Taklimat Tamrin

Isnin 21 Mac

5.30 pg.           Solah Tahajjud berjemaah
7.40 pg.           Role Call
8.10 pg.           LDK  1
10.10 pg.         Puteri Rehat & Putera Dhuha
10.40 pg.         Putera Rehat & Puteri Dhuha
11.00 pg.         LDK  2
12.45 tgh.        Qailulah
2.30 ptg.          LDK 3
8.00 mlm.        Basyir 1: Solah & Penjagaan Waktu  ( C. Nasir, Us. Nazaruddin – Tg. 1 : Dewan Makan)

Selasa 22 Mac
8.00 mlm.        Basyir 2: Solah & Kebersihan Batin ( C. Azmi, C. Shahid - Tg. 1: Dewan Makan )

Rabu 23 Mac
8.00 mlm.        Basyir  3:  Solah & Kebersihan Zahir  ( C. Azmi, Ustzh. Khairul Badriah- Tg. 1: Dewan Makan)

Khamis 24 Mac
8.00 mlm         Basyir 4: Solah & Kepatuhan Terhadap Allah & Rasul ( Us. Sobri, Us. Khairul Azhar – Tg.1:Dewan Makan )

Jumaat  25 Mac
8.00 mlm.        Basyir 5: Solah & Kepatuhan Terhadap Peraturan Institusi Tarbiah ( Us. Hairol Amali, Us. Yazib –Tg. 1: Dewan Makan )
9.30 mlm.        Majlis Penutup


SLOGAN ABADI: Sedia berkampung di sini sedia ditarbiah sedia menimba ilmu.


seronok duk ngan depa semua...rase macam f5 lagi...

kawan kawan KIBAR pon nampaknya macam sibuk....
memang kita perlu menyebukkan diri untuk   memperjuangkan agama Allah ...insyaallah...
ameen...
semoga kita lebih baik dari semalam....
WALAHU'ALAM...



Khamis, 17 Mac 2011

.:: TSUNAMI MENGINGATKAN KITA KEPADA KIAMAT::.

Assalamualaikum…
Saya memohon pengampunan dari Allah andai kata-kata saya ini ‘melampaui’ batasan saya sebagai insan. Saya hanya mahu berkongsi cerita terhadap sebuah ‘penelitian’ yang diilhamkan.. mungkin kebetulan, mungkin juga PERINGATAN dariNya..
Kisah TSUNAMI JEPUN 11032011 masih mengisi liputan BERITA UTAMA sejak semalam. DUNIA menyaksikan BENCANA ALAM TERBURUK di Jepun, bersedih akannya.. bersimpati akannya serta cuba menghayati PENGAJARAN dari bencana ini. Bagi saya yang fakir, ALAM sedang menyampaikan amanah PESAN dari yang EMPUNYA. Lalu, pesanan-pesanan ini amat meninggalkan KESAN dan BEKAS tatkala meneliti dan berfikir akannya..
(saat catatan ini dibuat, dijangkakan hampir 10,000 kematian akibat bencana Tsunami ini.. )

KISAH TSUNAMI ( LAUTAN) dari ALLAH

Kata Tsunami sering merujuk kepada bencana dari LAUTAN. Di dalam Al-QURAN, Allah menyebut perihal bencana “Tsunami” melalui kalamNya:
وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur – Surah At-Takwiir : 6

At-Takwiir bermaksud MENGGULUNG. Nama surah ini merujuk kepada kata Takwiir yang ditemui pada ayat 1.
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Tatkala matahari digulung
Kawwara ertinya ‘menjadikan bulat, memadatkan, melipat sesuatu, menggulung’. Kurah adalah bola. Takwir adalah gerakan sesuatu yang melipat dirinya sendiri menjadi bulat.
Adalah sedia maklum bahawa pengetahuan tentang matahari bersifat eksplosif dan ekspansif sudahpun ada sekian lama malah dikatakan sejak ayat ini diturunkan lagi. Ayat ini menceritakan MATAHARI yang digulung iaitu merupakan keterangan mengenai proses terbalik pada sifat asal matahari iaitu mengembang (ekspansif). Kata kuwwirat pada tradisi bangsa Arab merujuk kepada pebuatan ‘menggulungkan tikar’. Dalam konteks ini, saiz tikar yang besar akan mengecil apabila digulung. Fungsi tikar juga menjadi kecil, seolah tidak digunakan lagi. Simboliknya kepada ayat ini, fungsi matahari yang menghasilkan cahaya kian mengecil atau PADAM. Sedangkan kita tahu bahawa adapun sifat matahari adalah terus-menerus meledak. Proses serupa terjadi pada bom hidrogen, iaitu melebur atau meledak sendiri secara terus-menerus. Kalau penciptaan yang meledak sendiri itu sampai pada akhirnya (dipadamkan), maka matahari seolah-olah melipat dirinya sendiri.

Secara ringkasnya, kata kisah MENGGULUNG (surah At-Takwiir) ini merujuk kepada cerita KIAMAT!!!

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Umar, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda ;
“Barangsiapa ingin melihat hari kiamat seolah-olah terpampang didepan matanya, maka hendaklah dia membaca surat at-Takwiir, al-Infithaar dan al-Insyiqaaq“.
HR Ahmad ( II/27 ) [Ahmad ( no. 4805 ), sanadnya hasan ). Hadis ini juga di riwayatkan oleh at-Tirmidzi.

Pada ayat 6 di atas; kata Sajjara, akar dari sujjirat, bererti‘bergelombang, meluap’, dan bentuk pertamanya, sajara, bererti‘menyalakan, membakar, mendidihkan’. Kiasan ‘lautan memanas’ mungkin menunjuk kepada gunung-gunung berapi yang meletus dari lautan, atau bahkan kepada bencana kebakaran di lautan akibat tumpahan minyak atau gas secara besar-besaran, atau apa sahaja hal yang biasa digantikan oleh hal yang luar biasa (bencana alam).
Juga, air lautan melambangkan kesejukan dan ketenangan, tapi di sini kita diberitahukan bahawa akan tiba suatu saat di mana lautan akan terbakar atau mendidih iaitu sebagai bencana alam. Air juga sifatnya bersih dan jernih, tapi dari ayat ini bolehlah digambarkan suasana air yang hitam (seumpama asap meluap dari kebakaran) dan kotor.

(masih ingat suasana ketika TSUNAMI di JEPUN??)


Lalu, tatkala melihat imej-imej foto dan video bencana TSUNAMI JEPUN 11032011 ini, saya teringat pesan Rasulullah dari hadis Baginda akan kalam Allah yang menyebut tentang LAUTAN MELUAP-LUAP ini pada SURAH AT-TAKWIIR (menggulung) di atas.
apakah ini TANDA-TANDA KIAMAT???
Saat ini, diri ini takut.. pasrah dengan petunjuk-petunjukNya. Resah dengan kisah dari alam…
Mungkin kebetulan.. mungkin ‘cara lihat’ (tafsiran) saya yang penuh kefakiran lalu halatuju menuju kesilapan.
Mungkin, seperti juga bicara saya sebelumnya.. iaitu perihal JARAK fenomena perihelion (matahari) dan perigee (bulan) bagi tahun 2011 ini sekitar 75 hari yang kebetulan tatkala dirujuk Surah ke 75 adalah surah Al-Qiamah (KIAMAT)… NAMUN, pertunjuk ALLAH ini amat berat untuk saya fikirkan..
Betapa tidak… Tatkala menyemak URUTAN-URUTAN PERISTIWA ALAM ini, saya bertemu ‘MESEJ-MESEJ’ tersembunyi lagi dan lagi!!

Untuk kali ini.. kisah surah At-Takwiir di atas ditemui dalam Al-Quran pada susunan  SURAH KE 81!!

Apa yang 81???

Peristiwa TSUNAMI di JEPUN 11032011 ini adalah TEPAT 81 HARI setelah PERTUNJUK@AMARAN ALLAH yang (rujuk artikel) disajikan oleh ALAM pada 21122010 lalu (15 MUHARRAM – Purnama PERTAMA 1432H). Fenomena-fenomena yang disusun rapi berurutan, dipertontonkan untuk direnungi HIKMAH & PESANANNYA agar insan segera kembali ke hadzratNya dengan penuh keinsafan dan kepasrahan. Kisah HUJAN METEOR, PURNAMA,  GERHANA, BULAN BIRU, SOLSTIS  &  PINTU KAABAH DI BUKA yang berurutan dan bertindih masa kejadiannya MUNGKIN SEBUAH PERTUNJUK dari alam yang merujuk kepada SUATU PERINGATAN agar KEMBALI KEPADA ALLAH!!!
Dan hari ini, setelah 81 HARI catatan tersebut saya rekodkan di pentas ini, ALAM berbicara lagi melalui BENCANA TSUNAMI  (lautan) seperti yang tertulis di SURAH KE 81.
Malah.. setelah disemak; sepanjang 114 surah di dalam Al-Quran, hanya surah At-Takwiir diakhiri dengan KALIMAH “ALLAH”!!!
Seolah menguatkan PESANANNYA agar KEMBALI KEPANGKUAN ALLAH!!!
Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!
saat ini, jiwa berlagu sayu..

LabbaiKa Allahumma labbaiK

LabbaiKa laa syarikalaKa labbaiK

Innal hamda wa al-ni’mata

laKa wal-Mulk La syarikalaK!


pesanan : sekadar pengkongsian dari artikel artikel yang lain untuk menginsafi diri..kembali ke jalan yang lurus...


saya akhiri dengan ucapan maaf andai ada yang tersinggung dengan catatan saya kali ini.. moga allah sentiasa bersama kita amin...

WALLAHU'ALAM. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...