Jumaat, 16 Mac 2012

Surat ? Cinta yang tidak masuk akal..

Assalamualaikum w.b.t...
Sejambak kasih dan sayang saya mohon maaf  pada "sayapiqalbu with iman"
bukan mengabaikan, tapi mendahului yang penting , Insyaallah.

selawat dan salam kita hadiahkan kepada rasul Anbiya' dan sahabat serta keluarnya, Semoga Allah memberkati kita , Amin...

Alhamdulillah, selamat berakhir bahtera "alam study tk semesta 2" ada lagi,,, dan ucapan riang "selamat datang holiday"
kembali mengembirakan ibu dan ayah menjadi peneman mereka di sisi saya..

Rindu pula pada sahabat seperjuangan ~
 InsyaAllah, saya ingin berkongsi satu kebenaran, mengajak pengunjung berfikir sejenak, apa ibrah yang boleh kita jadikan sempadan dalam melayari kehidupan yang semestinya perlu dihiasi dengan keindahan kerana semuanya pinjaman dari Illahi..

kita telusuri sebentar,


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.



Beberapa tahun berlalu…


Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…





Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!


Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?




Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.


Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Ya!!! benar semua berpunca dari diri kita.. mahu mengambil pengajaran atau membiarkan kehidupan tanpa arah tujuan..

Demi masa ~ Sesungguhnya manusia itu berda dalam kerugian .. kecuali :
  • Orang - orang yang beriman,
  • dan beramal soleh,
  • dan yang berpesan pesan  kpd kebenaran
  • dan berpesan pesan dengan kesabaran..
~surah al-asr.


 Syukran , moga sampai ke hati , :) 


Ahad, 4 Disember 2011

Adakah Iman kita Setebal Tembok?

Assalamualaikum,
salam persahabatan dunia dan akhirat,,
moga allah sentiasa merahmati dan melebarkan sayapnya keatas hambaNYA dengan lebaran kasih sayang, Amin..


            “ Cinta tidak buta, tetapi bila cinta tidak lihat dari kaca mata Allah, syaitan yang akan butakan mata kita” , 



(syaitan boleh membutakan mata dengan kekhayalan sahaja)


"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." 
(Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
 Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit.
 Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa. 
Sebagai contoh :
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, 'alangkah bahagianya orang itu'.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, 'alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju'.

kalau dah menyesal tidak kesudah kita mengeluh,, lebih baik mencegah dari dirawat.
******

Oleh itu, saya mengajak kepada semua terutama diri saya yang lebih Allah tahu selalu membuat kesilapan,

kita mengingati kembali 'frasa' IBN QAYYIM :

'Dalam hati manusia terdapat KEKUATAN,
Tidak terurii kecuali menerima kehendak ALLAH.
Dalam hati manusia terdapat KEGANASAN,
Tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH.
Dalam hati terdapat  KESEDIHAN,
Tidak hilang kecuali seronok mengenali ALLAH,
Dan baik muamalah dengan-NYA.
Dalam hati terdapat KEGELISAHAN,
Tidak tenang damai kecuali bertemu jumpa dengan-NYA,
dan berlari ke arahNYA.
Dalam hati terdapat API PENYESALAN,
Tidak padam kecuali redha dengan suruhan-NYA,
Larangan-NYA dan Qadha'-NYA.
Dalam hati terdapay HAJAT,
Tidak terbendung kecualai dengan kecintaan kepada-NYA,memohon kepada-NYA,kesenantiasaan berzikir pada-NYA dan keikhlasan sebenar kepada-NYA.
Andai dunia dan seisinya diberi,
Tidak akan dapat membendung hajat hati insan ini...
Wallahu'Alam.
'semoga mendapat kasih sayang dan Rahmat Illahi'



Sabtu, 15 Oktober 2011

minat? satu keperluan jua



salam alaik buat kunjungan secara tiba.., atau merancang..,moga allah merahmatimu..,
meminati jua satu keperluan..oh!
kalau tidak minat sesuatu , memang bukan lumrah dia hidup sebagai seorang manusia..,mungkin akan lebih menjadikan dia seorang yang kurang prihatin terhadap sesuatu perkara..maybe ini satu hypotesis.., tapi cubalah sekat minat yang ada pada diri..oh! pasti tidak lengkap untuk teruskan kehidupan seharian seperti hari hari lain .



urm.., bila bercakap tentang minat.., macam macam boleh dikategorikan..., macam saya.., saya amat meminati keunikan kereta..,entah! saya pon x tahu kenapa.., bila nampak unik cikit kereta , cepat cepat saya berpaling menghadapnya.., walau dalam hati tidak ingin memilikinya..,dunia semata-mata..
lagi lagi gambar rekaan ...hhihi.x pe kita berkongsi sekejap..


Allah tidak melarang hambanya mengasihi atau menyukai sesuatu itu , tapi apabila ia melalaikan.., hindari la ianya..,

minat berkembang dan bercambang hasil dari interaksi  dirinya dengan persekitaran,jadi dalam konteks minati bidang apa???
maka, memaksa kerjaya atau cita tertantu bukanlah satu pendekatan yang mudah dan luas...,tetapi bagi diri saya..,tepuk pada diri, ckp padanya "kamu bebas nak memilih apa, dan sesuai dengan keadaanmu"
jangan risau.., Allah sentiasa menolong hambanya dalam melakukan suatu keputusan...

maaf kerana lama tidak mengelap habuk..,



Khamis, 25 Ogos 2011

4 hadith sudah memadai..

Bismillahirohmanirrohim...


Abu Dawud mempunyai pandangan dan falsafah sendiri dalam cara berpakaian. Salah satu daripadanya ialah 
lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Seseorang yang melihatnya bertanya tentang perlakuannya ini, ia menjawab:“Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. Jadi,  kalau dibuat lebar, hanyalah berlebih-lebihan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi keberagaman setiap orang. Hadith tersebut adalah, yang bermaksud:

Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperolehi apa yang ia niatkan Kerana itu barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu.”
Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.”

Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya.”
Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat penggembala yang menggembalakan ternakannya ditempat terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baiklah semua tubuh dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ingatlah, ia itu hati.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang kata, sahabat masa ketawa mudah dicari, 

sahabat masa menangis sukar ada.Em, saya tak pandang besar bahagian 

ketawa menangis ni. Pada saya, bahagian yang saya pandang adalah 

bahagian: Sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada.Itu 

mungkin sesuatu yang besar perlu untuk diperhatikan bukan?(betul tak)

salam terbaik ummat


Ahad, 24 Julai 2011

berkali -kali diingati ~

salam kasih dan hormat kepada semua, 


andai hari ini satu penyaksian..saya amat berbesar hati menadah tangan untuk bersyukur kepada allah dengan mengizinkan saya menemui RAMADHAN al-mubarak...





Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah,  adalah cinta yang agung dan suci.  Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran,  ujian iman,  dan ketaqwaan.  Cintailah Allah,  dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.

Allah swt berfirman:"Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)



Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.
may allah bless us ~!
~rindu padamu ramadhan~



Rabu, 13 Julai 2011

Radio Kg. chokro

salam alaik kepada semua ikhwah dan akhwat yang sentiasa bersedia dalam mengerakkan tarbiyah di muka bumi ini, semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNYA, amin..

saya selalu korek cerita dari ayah.., hampir boleh dikatakan ayah saya itu pondok mengaji saya yang kedua...,kalau dahulu sebelum saya meneruskan pengajian , saya selalu menjadikan rutin pagi dengan bersarapan apa yang ayah sampaikan...,



kasih ayah tiada bertepian...kasih ibu tiada bergantian...


sejak dr dulu lagi ayah berpesan..., wahai anakku..jika engkau di bawah tanggungan ku , ayah amat berharap, untuk mendidikmu dengan didikan yang berguna, biarlah yuran mahal atau segalanya..asal engkau dapat mengenali islam yang sebenar sejak kecil.....



Ayah jugak sering memiliki ilmu melalui pengalaman dari kehidupan nya...
sering jugak memperolehi dunia melalui ceramah dan tazkirah...banyak yang kita boleh mencari ilmu ...tanpa perlu satu alasan yang tidak mengena tuk mengelak...

sering jugak kami adik beradik 8 orang pernah berkumpul di satu  bilik...jom kita berinteraksi dan bermuhasabah diri....

andai ada kesalahan ..kami saling maaf maafan.., jika kkliruan kita salaing faham memahami.., kerana didikan ayah lah kami sering salaing kasih mengasihi antara satu sama lain...




‎"AGAMA ITU SEMUANYA ADALAH AKHLAK. SESIAPA YANG BERTAMBAH TINGGI AKHLAKNYA, MAKA BERTAMBAH TINGGI JUGA AGAMANYA." -Imam Ibnu Qayyim


*************************************************************************************************


"Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana
tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda kotor"


"Wanita itu sendiri adalah Rahsia,
Nafsu mengatakan wanita cantik
atas dasar rupa parasnya,
Akal mengatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya."


"Sahabat yang beriman ibarat
mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah."


"Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal."


**************************************************************************************************

Moga Allah Redha ~


Ahad, 3 Julai 2011

Jagung >> dalam kubur >> seorang cina.

salam alaik...kepada semua sahabat yang sentiasa menatap kalimah yang saya luahkan....,
saya ingin berkongsi satu cerita yag dibawa oleh adik saya...,

kisahnya bermula..pada suatu hari yang tenang...di Indonesia..., ada seorang pakcik nie mempunyai rakan yang berbangsa cina bukan muslim...,orang  cina nie..., selalu berbual dengan pakcik Malaysia nie.., orang cina nie kerjanya menanam jagung dan menjual hasilnya kepada pemborong....,selalu sahaja pakcik  mendapat barangan free dari cina itu...,macam jagug...hampir setiap hari dibekalkan kepada pakcik itu.

sehingga satu hari ,sedang dia berjalan untuk pulang kerumah..., dia melewati sebuah masjid yang berada di kawasan itu, sebenarnya jarang sekali dia melalui kawasan itu.., tapi hari itu ,tergerak hatinya utk melalui kawasan itu... sedang berjalan...dia menangkap satu suara yang bergema >>


 " wahai umat islam.., bangitlah dari zon rehatmu..., banyak yang akan dipersoalkan didalam kubur atas pekerjaan yang kamu lakukan di duia ini..,"...

" jadi bagaimanakah kalian akan menjawabnya , sekiranya tiada kebaikan ke atas yang kamu kerjakan...hanya sia sia...,"

cina itu tertarik lalu turut bergegas dan mendengar seperti mana jemaah yang lain cuma cina itu hanya di luar majid itu sahaja....,setelah sekian ceramah itu , cepat cepat cina ini mencari si imam tadi yang bersyarahan tentang alam kubur itu..., ya ! dia tertarik dengan isu alam kubur...setelah dia medapat imam itu, terus saja dia bertanya:

" kenapa perlunya manusia itu berbuat baik sebelum ke kubur..? dan kenapa pula nanti di kubur itu akan di soal oleh penjaga kubur itu...? adakah semua itu benar atau hanya adat bagi bangsa mu.."

pak imam itu terkejut, lalu dibawanya si cina itu ketempat lapang...,pak imam itu berbicara :
" itu adalah ajaran dari agama kami iaitu berbuat kebaikan dan mencegah keburukan , hatta dimana pun mereka berada, soal kubur itu, jugak adalah benar, bukan adat atau pembohongan ,...apabila mereka meninggalkan dunia dan dimasukkan ke dalam kubur, mereka akan ditanya oleh malaikat apa yang pernah mereka kerjakan didunia ini... apabila kebaikan mengatasi kejahatan maka , baiklah keadaan mereka  malah apabila banyak membuat kejahatan maka sebaliknya."

lalu pinta cina itu  : " oleh yang demikian , aku ingin merasa seperti mereka hidup di kubur itu, aku ingin jugak melalui perkara yang mereka lalui jgk..., boleh kau membantuku...,"

imam itu tersenyum, ada bau bauan cina itu tertarik pada islam.., maka imam itu pungali satu lubang untuk dimasukkan cina itu kedalam kubur ..


setelah cina itu memasukkan dirinya kedalam lubang itu... imam itu segera menutup nya tapi tidak serapat rapatnya...,

*************************************************************************
suasana di kubur itu 

Apabila pemuda itu berada di dalam lubang itu..., dia cuba untuk melihat sekelilingnya...
"erm tiada apa yang perlu dirisaukan....."
tetiba sahaja dia mendengar satu suara yang memanggilnya, lantas dia tersungkur kerana terkejut,

sambung lagi suara itu " hai **** apakah kamu telah lakukan dimuka bumi dan ape yang telah kamu kerjakan   dengan segala kudratmu"

lalu ditanya lagi .." apakah agamamu ?? siapakah tuhanmu?"

terketar ketar cina itu ....

setelah lama dia mendiamkan diri .., ade sesuatu yang menghalang nya dari di siksa....
iaitu bertih bertih jagung...yang selama ini menjadi satu kebaikan kepadanya kerana sering memberi kepada orang lain...



terus dia tersedar ..kepercayaan nya terhadap islam semakin jelas...dengan itu dia meminta untuk cepat dikeluarkan dan meminta untuk diislamkannya pada masa itu jugak...,

*******************************************************************
pakcik itu cukup bertuah , cina itu selalu memintanya itu mengajarkannya ilmu islam yang kurang difahami...
alangkah indahnya jika kita mampu berdakwah dengan husnul telada...

moga allah merahmati mereka yang sentiasa menegakkan kebenarMU..

wallahu'alam..

moga bermanfaat dan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri lebih baik dari hari ini ..inshaAllah...
AMEEN..


Selasa, 21 Jun 2011

diri mereka pada diri kamu.....

Assalamualaikum semua ..semoga kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam pada hari ni inshaallah...



menarinya jari saya di keyboard ni bukan untuk menyanyi..bukan untuk memposing..tapi untuk berkongsi sebuah cerita yang amat mencuit hati saya...cukup menjelaskan kerinduan seorang anak terhadap kasih sayang seorang ayah yang jarang memberikan masa untuk anaknya bermesra bersama ayah...



pada suatu hari...seorang ayah baru sahaja pulang kerumah sambil menggalas beg ...setibanya si ayah membuka pintu rumah...cepat langkat si anak membantu menolong ayahnya membawa beg yang dibimbit ayahnya itu sambil bertanya...

" ayah , ayah, amin nak tanyer ayah sesuatu...tapi ayah jangan marah yer..."dengan mimik muka yang ceria dia bertanya...

dengan berat mulut kerana keletihan ayahnya menjawab " erm apanya amin..."

"ayah..amin nak tahu dalam satu jam ayah keje ..berapa gajinya..." terkejut si ayah dek soalan yang di tanya anaknya..

lalu...." apa yang amin tanya nie..ni kan hal org dewasa..kenapa umur 7 tahun nak tahu benda
 macam ni "
dengan nada marah ayahnya mengatakan...

"amin hanya nak tahu saje dalam satu jam tu..bukan amin tanya soalan yang betul..."nada anaknya seakan keruh...sedih dengan jawapan yang diberi oleh ayah..sedih....

"nak tahu sangat ker...gaji ayah 20 ringgit dalm satu jam.." menjawab ayahnya bila di lihat anaknya mula menghindarkan diri darinya...




anaknya kembali riang..." ayah ayah...!!! amin nak rm 10.00 boleh..."

kembali ayahnya denga nada yang marah..." kenapa ni tiba tiba sahaja minta 10.00 ringgit nie...kecik kecik dah minta duit banyak...kenapa x cukup ka duit yang dah ayah beri selama nie..entah entah nak beli permainan..buat apa dengan duit ni..." soal ayahnya...

" JAWAB!!!!!!!!!!!!" ayahnya menengkingnya menyebabkan anaknya terkedu sebentar lalu lari kearah bilik ...sedih dengan ungkapan tadi...

setelah itu..ayahnya duduk sebentar..tenangkan jiwa...'kenapa dengan amin tu..tiba tiba saja minta duit yang banyak...kat sekolah banyak ke benda yang perlu dibayar...'......fikir ayahnya...'mungkin ade sesuatu amin minta duit itu...tidak pernah amin minta macam ni'..lalu ayahnya dengan rasa bersalah ...cube untuk memujuk anaknya. ....


"AMIN...nah ambil nie...janji dengan ayah duit ni untuk kegunaan yang berguna sahaja yer..." seronok amin....

kemudian amin terus menyelak disebalaik bantal...sambil mengeluarkan duit seringgit seringgit ..yang berjumlah 10.00 ...belum sempat amin bersuara,....sekali lagi ayahnya naik darah...

" amin....kenapa amin minta duit lagi kalau dah ade sepuluh ringggit di tangan amin..kenapa amin tipu ayah ni...amin dapat duit tu dari mana>??????" amin seakan  terkejut dengan tindakan ayahnya

terus sahaja....."ayah amin nak berikan rm 20.00 ni untuk ayah"

pelik ayahnya.." kenapa pulak beri pada ayah bukan tadi amin yang meminta sgt "

" amin nak bayar pada ayah rm 20.00 ni untuk esok ...satu jam amin nak ayah bersama amin..luangkan masa ngan amin..boleh kan kalau ayah datang lambat esok sejam...amin dah bayar kat ayah dah  i..." rayu anaknya...




menangis ayahnya dengan kata kata anaknya tadi...seakan sedih denga pengakua yang diberi oleh anaknya..sugguh mmg dia jarang meluangkan masa bersama amin...

"amin ..anak yang ayah kasihi...ayah terharuuuu dengan amin..ayah minta maaf  sebab dah banyak marah amin...inshaallah amin x payah bayar duit tu pada ayah kerana ayah ingin menjadi seorang ayah tanpa perlu membayar...ayah sudah lama mengabaikan amin...ayah minta maaf sekali lagi."


Andai kita seorang muslim...pernah tidak kita mempedulikan orang sekeliling yang sentiasa bersama kita...pernah x kita mengambil tahu tentang kesihatannya..tentang apa masalah yang sedang dia alami.....

PERNAH ATAU TIDAK....TEPUK DADA ..TANYA IMAN...

janganlah kita mengabaikan mereka...kerana mereka yang berada disekeliling kita ni lah yang menjadi sumber kekuatan diri kita...







Jumaat, 17 Jun 2011

teringat bukan bermakna pernah melupakannya

friendship is like a golden thread that binds two heart .. 
A feelling that keeps growing even when we are far apart.... 
No matter where are......... 
I want you to know, you're  a friend i feel... 
Always close to...
mereka sudah melalui haluan masing masing....

sejarah tidak pernah berulang yang sama....
indahnya ukhuwah dalam perjuangan ,
bertemu tidak jemu,
berpisah tidak gelisah,
hebatnya ukhuwah fillah  1+1 = 3

(+) itu keimanan , (3) itu keluarbiasaan....


TIDAK PERNAH LUPA ATAU BERNIAT UNTUK MELUPAKAN MEREKA...

beruntung kita bersahabat dalam keimanan ...hawalatul iman...

~myra,iqasya,aaina,atiqah,dekna,ipah manan, ipah im,ipah md,put3,ain,fiq,atinbaek,ainul mas,ainmar,rabiah,djah,asma',asma nabila,asma huda,kosar,wanie,shihah,nabilah izzati,nabilah nasser, kimah, anis ,fadz,nisa' ,fadhilah,dalilah, syarah,syah sakinah, syah lotfi,yah zaini,nawal,za8,amy,zati,ebah,tasnim,fisha,alia,t-sal,nina,ctnoor,farah,hajar,khaulah,maicome shy,maya, muizzah,syida,shaza,pqah anim,wan nad,wan fatin najwa,naadia,alaa aimuni,fatin liyana, miah,tasnim suzuki,saadah,nisa earliana,ummusya,hanny,shahiraafiqah, muun...~

walalhu'alam...


Selasa, 14 Jun 2011

nak SUSU ---> kopi ???

Subhanallah ...subhanallah...,subhanaalllah..,astagfiruallah 3x...
dengan mengingati allah heti hati akan menjadi tenang ...



alhamdulillah segala puji pujian daku serahkan hanya kepada MU..moga kita tergolong dalam rahmat dan kasih sayang yang disediakan olehNYA...

hari ni saya ade kelas pukul 8 - 10 pagi...tetapi allah x mengizinkan kita mempelajari sesuatu untuk hari ini..maka saya luangkan sedikit masa untuk berkongsi sedikit perkongsian ...

semlam saya hadiri satu halaqah ( usrah @ tazkirah ) ...di sebuah rumah di hostel saya...rumah itu milik kakak senior saje jejalan kot kot la allah berikan satu ilmu yang berguna melalui mereka  .....and then alhamdulillah..terisi rasanya jiwa yang kosong ini bak dipenuhi dengan setatang air yang penuh...

apabila hadirnya kita sebagai seorang muslim di dalam diri kita....sebagai seorang islam sebagai seorang yang bergelar mahasiswi islam....perlu ya memang perlu untuk kita rawat hati dengan meniggalkan karat - karat jahiliyah yang penah duduk bertempek di dinding hati nurani ini...

jika ada ....??? jom kita menghijrahkan ianya kepada yang lebih baik...
dengan bagaimana tu???

dengan ini :

apabilanya karat itu kita manganggap satu jahiliyyah ( kopi )


dan kita cuba usirnya kerana kita hendak menjadi islam /muslim yang berti sebenar..... 
 untuk kita tuangkan sesuci bersih ( susu ) kedalam nya pulak...


untuk menjadi sejernih susu itu....

tapi cuba kita bayangkan kalau masih ade sisa sisa kopi dalam gelas itu..kemudian diletakkan susu pulak..ape yang diperolehinya...

nescafe ????? ya nescafe...
yang boleh kita anggap sebagai islam itu bercampur aduk dalam diri insan itu....lalu dirinya  mudah untuk diterokai musuh ALLAH dan juga MUSUH kita....

jadikann lah dalam diri kita ini islam yang syumul bukan sekadar menganmbil nya sebagai
 'cukup syarat' 
no..no... no.... jangan lakukannya sebegitu....



jom kita sepakat dalam menjadikan diri lebih baik ...!!!!!!!!!!!


kerana kita didik oleh didikan yang syumul..!!!!


diajar untuk lebih mengenali sesuatu perkara dengan lebih berilmu pegetahuan..!!


untuk kita jadikan yang mana satu lebih dan kurang untuk kita tagkisi jahiliyyah yang pernah dok bersemadi dalam jiwa kita...
!!!!!!!!

ALLAH KNOWS WHATEVER WE DO TO GO BECAME MUSLIM PERFECT!!! 
TAKBIR..~~

wallahu'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...